Latest News

Wednesday 30 December 2015

MINYAK SABAH: Petronas Diwujudkan Pada Tahun 1974

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Ini sebahagian kawasan minyak di negara sabah dan kepunyaan rakyat negara sabah... Oleh FB Fred Ricks Jns (screenshot)


PETRONAS ditubuhkan pada tahun 1974, sembilan tahun selepas Penubuhan Persekutuan Malaysia. Asas penubuhan Malaysia kerana menekankan salah satu faktor keamanan pada masa itu ekoran pengaruh Komunis yang mahu menguasai Asia Tenggara. Selain itu, keinginan Indonesia dan Filipina juga untuk menakluki Sabah dan Sarawak.

Penubuhan negara baru perlu diwujudkan pada masa itu kerana selain berlakunya Perang Dunia Kedua yang menyebabkan negara-negara penjajah kehabisan dana, juga keinginan penjajah untuk melepaskan tanah-tanah jajahan yang disebabkan negara-negara itu tidak mampu lagi mengurus tanah-tanah jajahan dari segi kawalan keselamatan.

Para pemimpin Sabah dan Sarawak, dari awal-awal lagi menyatakan ingin bergabung dengan Persekutuan Malaya untuk membentuk negara baru. Tujuannya, agar sistem pemerintahan yang diwariskan oleh penjajah iaitu British masih diteruskan. Hal ini kerana sistem itu telah lama terguna pakai dan kebanyakan pemimpin dan rakyat sudah terbiasa mengenainya.

Memang semasa penjajahan ada syarikat minyak yang beroperasi di Sabah, Sarawak dan Brunei iaitu Royal Dutch Shell plc (SHELL). Atas pengalaman Shell itu, tercetusnya idea penubuhan PETRONAS (Petroliam Nasional Berhad) pada tahun 1974. Sembilan tahun diperlukan untuk menubuhkan Petronas menandakan bahawa para pemimpin ketika itu, belum terfikirkan tentang 'emas hitam' tersebut. Ini kerana panjangnya masa yang diperlukan untuk menubuhkan Petronas, maka adalah tidak logik jika mendakwa bahawa penubuhan Persekutuan Malaysia adalah semata-mata disebabkan soal-soal minyak.

Cari gali minyak adalah jenis perniagaan yang modal intensif yakni memerlukan modal yang cukup besar. Pada awal kemerdekaan, baik Sabah atau Sarawak masih tidak mampu untuk mengeluarkan modal bagi tujuan cari gali minyak dan gas. Demikian juga negara pada ketika itu yang masih tidak mempunyai wang cukup untuk tujuan tersebut. Walaubagaimanapun melalui Petronas, syarikat-syarikat besar seperti Shell dan Esso mengikat kerjasama dengan Petronas melalui 'sistem bahagi hasil'. Dengan cara itu, Petronas dapat menjalankan perniagaannya bagi maksud cari gali minyak dan gas yang mana sehingga kini masih lagi dipraktikkan. Usaha sama (joint venture) tersebut yang masih dijalankan dengan kongsian untung adalah sebanyak 70 nisbah 30 di mana Petronas memiliki pegangan kongsi sebanyak 30 peratus sahaja. Manakala syarikat-syarikat besar menerima keuntungan sebanyak 70 peratus. Bayangkan sejak Petronas ditubuhkan masih belum lagi mampu secara bersendirian untuk menjalankan usaha cari gali. Sebenarnya, usaha cari gali merupakan satu usaha berisko tinggi kerana boleh sahaja menanggung kerugian sehingga mencecah ratusan juta atau bilion ringgit yang dibelanjakan dan tidak membawa sebarang pulangan.

Perlu diketahui, kandungan minyak dan gas yang terdapat di Sabah dan Sarawak adalah berada di ribuan kaki atau meter dasar laut. Pada awal kemerdekaan, pastinya belum ada lagi teknologi yang mampu mengesan kandungan minyak tersebut. Hanya seawal tahun 90-an, barulah terdapatnya teknologi imbasan bagi tujuan mengesan minyak yang berada di dalam kerak bumi. 

Dengan kenyataan itu, maka sudah tentu tidak masuk akal dengan mendakwa bahawa penubuhan Persekutuan Malaysia adalah disebabkan faktor minyak. Hal ini kerana semasa membincangkan penubuhan negara baru, belum ada lagi pengetahuan bagaimana mengesan stok minyak dan gas di bawah dasar laut yang dalamnya jauh puluhan kilometer.

Oleh itu, janganlah mentafsir peristiwa lalu pada masa sekarang kerana situasi dan keadaannya yang sudah berbeza. Bagi pemiik page facebook itu, 'janganlah menyerlahkan kebodohan sendiri kerana tidak mengikuti perkembangan zaman'.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook