Latest News

Tuesday 29 December 2015

Musa Dan Umno Adalah Penyelamat Rakyat Sabah!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Sungguh malang nasib Sabah, ketua Menteri dan Politiknya BERTUANKAN Malaya... Oleh FB Michael Peter Goviind (screenshot)

BAYANGKAN Sabah merupakan negeri termiskin sehingga tahun 1994. Tahun 2009, kadar kemiskinan masih pada tahap 19.8 peratus.  Namun pada tahun 2012, kadar kemiskian telah menurun sebanyak 8 peratus.

Pada tahun 2003, simpanan kewangan Sabah hanya RM100 juta dan sebelum itu negeri Sabah hampir muflis. Bermula tahun 2012, simpanan tetap Sabah senantiasa di atas RM3 bilion. Jika pada tahun 90-an, bajet Sabah hanya berlegar-legar pada angka RM1 bilion, namun bermula tahun 2012 telah melepasi angka RM3 bilion. Malah, bagi tahun 2013 and  2014 telah mencecah di atas RM4 bilion.

Pembangunan Sabah begitu pesat sekali. Pembinaan projek mega seperti Sabah Ammonia Urea (SAMUR), Sabah - Sarawak Integrated Oil & Gas Project (SOGT) Kimanis, Lebuhraya Pan Borneo, naik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan Sandakan serta jalan-jalan raya bertingkat di bandaraya Kota Kinabalu.

Semua pembangunan itu berjalan semasa kerajaan ditunjangi oleh Umno dan semasa YAB Datuk Seri Musa Aman secara rasmi menjadi Ketua Menteri Sabah.

Wang kerajaan bertambah, bajet kerajaan juga bertambah. Peluang pekerjaan dicipta melalui projek mega seperti SAMUR, SOGT, Palm Oil Industrial Cluster (POIC) dan banyak lagi.

Semua yang disebutkan di atas merupakan sumbangan Umno dan  Musa secara amnya. Namun, bertolak belakang dengan dakwaan pemimpin PKR itu bahawa Umno dan Musa membawa malang kepada rakyat Sabah!

Sejak Tan Sri Adenan Satem dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak, beliau suka mewar-warkan tindakannya melalui media seperti akhbar tempatan mahupun media internet. Bercanggah dengan cara Musa yang lebih gemar memilih untuk duduk berbincang. Terlihat bahawa hasil perbincangan adalah lebih berdaya hasil berbanding dengan cara provokasi. Sebagai contoh, pencapaian Sabah menjadikan 16 September sebagai hari cuti umum untuk seluruh negara, kebenaran pemilikan syarikat Sabah M3Energy Bhd dalam operasi minyak dan gas mahupun pelantikan rakyat Sabah bagi jawatan-jawatan persekutuan adalah kesemuanya melalui perbincangan dan semuanya itu berlaku sebelum Adenan dilantik sebagai ketua menteri. Benar, bukan?

Maka, pembangkang tiada cara lain untuk mengelirukan rakyat Sabah selain membuat perbandingan nakal seolah-olah seperti seekor anjing sedang bermain dengan ekornya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook