Latest News

Tuesday 1 December 2015

MUSA LARI DARI TANGGUNGJAWAB? Blog Kihampau TAK SERIK-SERIK!!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Musa Aman Lari Dari Tanggungjawabnya Sebagai Ketua Menteri Sabah... Oleh FB Jalin Luin (screenshot)
(ii) Musa Aman Lari Dari Tanggunjawabnya Sebagai Ketua Menteri Sabah... Oleh Blog Kihampau Tohoh (screenshot) (screenshot)


BLOG ini sengaja diwujudkan untuk menjalankan dakwaan songsang pada setiap isu atau kejadian. Contohnya, kalau warna itu putih, blog ini akan kata hitam. Jika seseorang  yang dijemput di sesebuah majlis itu bersama dengan isteri, maka dikatakan dengan perempuan simpanan. Kalau seseorang itu melawat sesuatu kawasan, dia akan nafikan! Ini kerana sudah tentulah sifat penulis blog ini, kalau dia yang kentut maka dia sendiri tidak katakan dia pernah berkentut!

Blogger yang menulis blog ini mempunyai penyakit sindrom 'menafi'. Ini kerana setiap kejadian yang benar itu pasti dinafikan! Keadaan itu bukan sahaja tertumpu kepada seorang pemimpin seperti Datuk Seri Musa Haji Aman. Malah, juga kepada para pemimpin yang lain. 

Sebagai contoh, tajuk blog tersebut merupakan tajuk yang sangat menghina dan dia tetap saja memilih tajuk itu kerana mengembirakannya. Bagi pembaca yang rasional sudah tentu tertanya-tanya, apakah merit penulis blog itu untuk membuat kesimpulan bahawa kononnya Datuk Seri Musa Aman lari daripada tanggjungjawab sebagai Ketua Menteri?  Melihat dengan tajuk yang diberi, terbukti sangat bahawa penulis blog tersebut mempunyai penyakit yang pantang melihat kebenaran atau kejayaan orang lain.

Memang terdapat beberapa spesies terpupus manusia yang masih wujud mengalami sakit seperti ini yang dialami oleh penulis blog tersebut. Oleh sebab itu, perbuatan manusia seperti ini sangat bahaya kerana sifat luarannya seperti seseorang yang tidak bermasalah. Sebaliknya, boleh bertindak bodoh dalam sekelip mata saja. Wow!

Bagi mereka yang mampu mengenal pasti sifat seseorang yang mempunyai sakit seperti penulis blog ini, sila jangan layan dan menjawab atau mengulas apa yang ditulisnya yang dia juga sendiri tidak akan faham apa lagi menerimanya. Oleh kerana penyakit penulis blog ini bersifat sedemikian, jika perbuatan yang betul dinafikan atau perbuatan jahat itu diterima, maka ianya mengembirakan dirinya. Cukup sadis!

Tujuan mengulas tulisan blogger tersebut agar pembaca di ruang media sosial sedar bahawa apa sahaja yang ditulis dalam blog tersebut tiada kebenaran. Melainkan hanya perbuatan yang dilakukan oleh seseorang yang sedang mengalami sakit mental atau gila.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook