Latest News

Tuesday 22 December 2015

Musa Pemimpin AMANAH!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) IGP suda bagi arahan tindakan akan diambik Oleh FB Doris Jones (screenshot)

SALAH satu bukti bahawa seseorang itu merupakan pemimpin yang jujur dan amanah apabila setiap Pilihan Raya Umum (PRU), parti yang dipimpin beliau mendapat kepercayaan daripada rakyat untuk membentuk kerajaan. Bukan sahaja melalui jumlah majoriti kerusi mudah akan tetapi diberikan kuasa 2/3 oleh rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Selain itu, bagi membuktikan YAB Datuk Seri Panglima Musa Aman sebagai pemimpin amanah dan jujur adalah apabila ramai pelabur daripada negeri-negeri lain atau luar negara melabur ke Sabah. Juga, terbukti melalui  simpanan kewangan negeri yang terus meningkat daripada RM100 juta tahun 2003 dan kini telah melepasi RM3 bilion.

Faktor yang membuktikan Datuk Seri Musa Aman pemimpin yang menggalas tanggungjawabnya dengan amanah apabila pemimpin pembangkang juga tidak sanggup menuduh yang bukan-bukan kerana rata-rata pemimpin di negara ini tahu betul bahawa Datuk Seri Musa Aman seorang pemimpin yang bersih and amanah.

Jika ada tindakan kerajaan khususnya berkaitan tanah kerana kerajaan merupakan pemilik setiap inci tanah negeri, hanya kerajaan negeri yang mempunyai kuasa memberi tanah kepada rakyat yang memohon tanah.  Selain itu, kerajaan negeri merupakan pentadbir tanah negeri melalui Jabatan Tanah Dan Ukur Sabah. Atas asas sebagai pentadbir, maka kerajaan berhak menentukan penatagunaan tanah. Oleh sebab itu, kita dapat menyaksikan ada tanah untuk pertanian, ada tanah untuk hutan, industri, perumahan, tadahan hujan dan  sebagainya. Melihat kepada tataguna tanah, maka kadang-kadang kerajaan perlu bertindak apabila ada pihak-pihak tertentu melanggar tanah kerajaan yang dikhususkan sesuai dengan kegunaannya.

Berkaitan dengan keluhan pemilik facebook tersebut, mengapa pemimpin pembangkang tidak berani membuat sebarang dakwaan terhadap Datuk Seri Musa Aman? Sehingga pemilik facebook menggelar mereka sebagai pemimpin yang takut kepada Datuk Seri Musa Aman yang mana kononnya ketua menteri itu telah membeli mereka sebaliknya

Sebenarnya, dakwaan itu hanya merupakan dakwaan yang tidak bernilai dan  hanya dakwaan yang berupa provokasi daripada seorang penakut kerana enggan memaparkan status dirinya yang benar. Sebaliknya, berselindung pada nama samaran atau nama palsu. Doris Jones juga mendapat nama!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook