Latest News

Friday 18 December 2015

Parti Cinta Sabah (PCS) Tiada Masa Depan

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Parti baru Demi cinta Sabah Oleh Web Demi cintah Sabah (screenshot) (screenshot) (screenshot) (screenshot) (screenshot)
(ii) 1 lawan 1 menghadapi BN pada PRU ke 14 di Sabah Oleh FB Page Bikin panas bah (screenshot)

BAGAIMANA rakyat boleh menyokong parti itu sedangkan kenyataan-kenyataan daripada presidennya amat bercelaru dan hanya berasaskan andaian yang tidak nyata!

Sesebuah parti politik perlu ada misi dan visi yang nyata dan jelas. Akan tetapi, melalui beberapa kenyataan daripada presiden parti itu seperti mana ditulis di dalam blog penyokong parti itu, umpama seperti seorang yang diibarakan seekor anjing sedang bermain dengan ekornya. Maksud perumpamaan itu, presiden parti itu syok sendiri!

Mengikut sejarah politik di Sabah, hanya parti yang boleh membawa sentimen mewakili rakyat Sabah adalah yang boleh mendapat sokongan daripada rakyat.  Nampaknya, presiden Parti Cinta Sabah (PCS) tidak membaca sejarah dengan betul seperti bagaimana parti BERJAYA dan parti PBS boleh menang. Demikian juga parti BN yang ditunjangi UMNO di mana boleh menang di Sabah. Kemenangan tiga (3) parti itu, semua membawa sentimen yang mewakili majoriti rakyat sabah. Kini, melalui pemerintahan BN Sabah yang merupakan gabungan daripada beberapa parti komponen yang mewakili semua etnik, tidak memungkinkan parti seperti PCS, SAPP atau parti-parti nyamuk lain akan mendapat sokongan. 

Bergabung bagaimana sekalipun dengan parti-parti nyamuk di sabah, ia tidak akan mendapat sokongan majoriti daripada rakyat Sabah. Ini kerana rakyat negeri ini sudah cukup matang dalam permainan politik. Mereka hanya akan menyokong parti yang boleh membentuk kerajaan selain dipimpin oleh para pemimpin yang berwibawa.

Sifat takbur juga kalau berkata parti-parti nyamuk ini tidak mendapat undi. Parti-parti ini sudah tentu akan mendapat undi tetapi jumlahnya tidak mencukupi untuk meraih kemenangan keseluruhan. Malah, kemungkinan besar calon-calon mereka akan hilang wang pertaruhan.

Para pemimpin parti nyamuk ini hanya cari nasi untuk dibeli semasa pilihan raya. Seperti yang berlaku pada masa-masa lalu sehinggakan ada calon-calon yang menarik diri secara tiba-tiba untuk mendapat habuan kewangan yang cukup banyak. Mereka lupa itu dulu! Kini, tiada lagi perbuatan membeli calon. Harap maaf!

Tahun 70-an, parti-parti nyamuk masih boleh mengerakkan parti-parti mereka kerana masih mendapat sumbangan daripada syarikat-syarikat perniagaan atau individu-individu yang mampu. Namun kini, tiada lagi peluang seumpama itu. Para pemilik syarikat atau para individu yang mempunyai kewangan akan lebih cenderung kepada kestabilan politik agar aktiviti perniagaan mereka boleh berkembang dengan lancar tanpa sebarang masalah. 

Dahulu, para pemilik syarikat atau para individu bertindak sebagai 'penjudi' melalui pelaburan dengan parti-parti politik. Ini kerana sekiranya parti-parti tajaan merekta itu menang, maka mereka akan mendapat habuan seperti kawasan kayu balak atau tanah yang luas. Kini, semua itu sudah berlalu kerana kewangan parti-parti yang mereka hadapi adalah lebih kaya daripada mereka. Malah, parti-parti yang memerintah sudah berbakti kepada rakyat. Seperti kata orang, "ada ubi ada batas, ada budi ada balas!".
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook