Latest News

Tuesday 29 December 2015

PENDUDUK SABAH SEPARUH PENDATANG?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Lebih Separuh penduduk bukan warganegara Oleh FB Page Negara Sabah (screenshot)

BANCIAN penduduk Sabah tahun 2010 adalah didapati seramai 3.2 juta penduduk. Daripadanya 880 ribu adalah bukan warganegara. Jika dibahagikan dua sama rata terhadap jumlah tersebut iaitu angka separuhnya adalah bersamaan 1.6 juta, bukan? Oleh kerana hanya didapati bukan warganegara adalah 880 ribu sahaja, ertinya bukan separuh sebaliknya satu perempat daripada jumlah keseluruhan.

Bancian penduduk adalah bertujuan untuk mengetahui jumlah penduduk pada satu-satu masa termasuklah mengetahui mana-mana penduduk yang dibanci itu adalah kategori bukan warganegara.

Apa yang malang di Sabah, ramai yang tidak menggunakan fakta atau data statistik sebaliknya suka menggunakan andaian atau anggapan semata-mata. Mereka itu seolah-olah mempunyai naluri sixth sense yang mampu mengira dengan tepat sekali. Oleh sebab itu, fakta yang dikemukakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (Sabah) khususnya tidak digunapakai sebagai rujukan.

Dengan memetik ucapan mantan Pengarah ESSCOM, Datuk Mohammad Mentek sebagai berkata, sebenarnya beliau tidak pernah berkata bahawa separuh penduduk Sabah merupakan pendatang asing (PATI). Inilah masalahnya jika ada laporan seumpama ini yang bukan menyokong fakta sebenar akan tetapi lebih kepada auta dan pemesongan.

Bermula pada tahun 1994, apabila Parti Bersatu Sabah (PBS) kehilangan kuasa di Sabah, maka timbul dakwaan yang kononnya ada penciptaan warganegara 'mee segera' bagi menyokong parti Barisan Nasional (BN/Umno). Apa yang malangnya, dakwaan itu tidak disokong oleh fakta seperti mana yang terdapat pada daftar pemilih. Pada PRU-13 lalu, jumlah pemilih Sabah tidak melebihi pun sejuta orang. Ini bermakna mereka yang terlibat dalam pilihan raya adalah tidak sampaipun separuh daripada penduduk Sabah.

Kalau berasaskan nisbah penduduk Sabah, maka sekurang-kurangnya terdapat 1.8 juta mereka yang berumur di atas 21 tahun dan layak mengundi. Namun, apa yang terdapat di dalam senarai daftar pilihan raya, hanya lebih sedikit di atas lingkungan 900 ribu pengundi. Apa ertinya itu? Dengan sendirinya menjawab bahawa tidak benar yang penduduk Sabah separuhnya merupakan pendatang asing (PATI).

Bagi rakyat yang mahu kebenaran berkaitan penduduk Sabah, maka dengan mudah memeriksanya melalui Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Sabah. Dan juga, sila jangan percaya kepada dakwaan berbagai pihak yang bersifat provokasi atau fitnah semata-mata!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook