Latest News

Tuesday 15 December 2015

PERUNTUKAN DIPINDAHKAN: Jalan Raya Kampung Sayap, Kota Belud

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Sabah Maju Kerana UMNO Oleh FB Page Negara Sabah (screenshot)

SEBENARNYA, jalan raya Kampung Sayap, Kota Belud sudah mendapat peruntukan untuk dinaik taraf tetapi peruntukan itu dipindahkan ke kawasan lain yang berdekatan dengan kampung itu. Menurut maklumat, wakil rakyat pada masa lalu mempunyai peranan dalam pemindahan peruntukan itu sebagaimana menaik taraf jalan lain. Ini kerana jalan itu diperlukan oleh orang-orang tertentu termasuk pembesar kampung yang mempunyai tanah di kawasan tersebut.

Jalan Kampung Sayap belum termasuk dalam kategori jalan protokol sebaliknya masih dalam kategori jalan perhubungan. Jalan perhubungan tidak mempunyai peruntukan berkala sebaliknya hanya peruntukan khas. Peruntukan khas akan diperolehi melalui permohonan dan permohonan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja termasuk wakil rakyat dan pejabat daerah.

Setiap permohonan peruntukan khas perlu disusuli oleh pihak pemohon atau wakil rakyat atau pejabat daerah. Hal ini kerana tanpa tindakan itu, maka akan mengambil masa lebih panjang yang diperlukan. Kadangkala, jika sesuatu permohonan jarang disusuli, ianya akan memakan masa yang sangat panjang. Malah, boleh bertahun-tahun lamanya untuk mendapatkan peruntukan.

Setiap kawasan DUN mempunyai Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM). Pegawai inilah yang seharusnya turun naik di kementerian-kementerian tertentu memperjuangkan jalan-jalan yang perlu dinaik taraf di kawasannya. Wakil rakyat sangat bergantung kepada laporan-laporan dan sokongan serta permintaan rakyat di sesuatu kawasan untuk mendesak mendapatkan peruntukan secepat yang mungkin.  Semakin ramai yang mendesak, maka semakin mudahlah seseorang wakil rakyat itu untuk memohon peruntukan tersebut dan sekaligus diterima serta dilaksanakan.

Pemilik akaun facebook itu sebenarnya tidak faham berkaitan bagaimana mendapatkan peruntukan kerajaan. Dia fikir mendapatkan kewangan kerajaan seperti menyeluk poket sendiri. Mendapatkan kewangan kerajaan perlu melalui berbagai peraturan dan peringkat serta perlu melalui berbagai pertimbangan. Ini termasuklah kos berimbang yang berkaitan dengan limpahan perekonomian seperti mana yang diterangkan pada artikel sebelum ini.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook