Latest News

Thursday 17 December 2015

Polis Merupakan Penguatkuasa Undang-Undang

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Kota kinabalu berubah tarik untuk penyiasatan kepada sesiapa menarik hak asasi manusia Oleh FB Doris Jones (screenshot)

MALAYSIA merupakan negara berbilang kaum dan berbilang agama, meskipun agama rasmi persekutuan adalah Islam.

Dalam perlembagaan, setiap rakyat bebas menganut agama masing-masing. Namun, tiada seorangpun rakyat dibenarkan menghina agama lain.

Sejak akhir-akhir ini, dengan adanya penghasut untuk memporak-perandakan keharmonian kaum di negara ini, ada yang mempergunakan sentimen dan isu agama sebagai alat untuk menimbulkan kebencian kaum-kaum lain atau agama-agama lain. Maka, mereka inilah yang dipantau pihak polis kerana tindakan itu melanggar perlembagaan dan undang-undang negara serta kontrak sosial di negara ini. Alasan mudah ini sudah cukup dijadikan penjelasan ringkas mengapa pihak polis bertindak sedekimian.

Polis tidak mahu keadaan berlaku seperti di negara-negara lain di mana faktor agama merupakan faktor yang digunakan untuk saling benci-membenci sehingga pengaruh anti agama semakin besar lalu mencetuskan kes pergaduhan yang tidak diingini sehingga membawa kematian. 

Di Malaysia, faktor mempergunakan agama tidak boleh dibiarkan sahaja dan hanya dipandang remeh. Ini kerana ia sebenarnya boleh menghancurkan negara.

Kontrak sosial yang ada dalam negara sejak merdeka, jika cuba dirosakkan oleh petualang-petualang dan agen-agen pihak lain kerana mereka itu cemburu, maka bagaimana sebuah negara yang diduduki berbilang kaum dan agama senantiasa harmoni dan hidup aman damai? Bertolak belakang dengan keadaan negara-negara tertentu, walaupun rakyat mereka tidak semajmuk berbanding Malaysia akan tetapi saling bunuh-membunuh antara satu sama lain? Bagaimana? Fikir-fikirkan!

Doris Jones, merupakan agen kepada kekacauan kaum dan agama. Maka atas sebab itu, tidak sanggup pulang ke negara ini.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook