Latest News

Monday 21 December 2015

PROJEK NAIKTARAF Jalan Bonggon-Kondundungan - Ganang, Penampang

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Ini janji manis Si Pairin Oleh FB Jo Nandu (screenshot)

MEMANG melalui jawapan YB Tan Sri Pairin Ktingan di Dewan Undangan Negeri (DUN) bulan November 2015 yang lalu, jalan pintas itu akan diperbaiki. Baiki pulih tersebut terletak kepada keadaan cuaca berikutan keadaan jalan itu yang lembab serta berair di bahagian bawahnya. Usaha membaiki pulih pada musim tengkujuh pada jalan seperti itu adalah sangat tidak sesuai. Ianya bukan sahaja jangka hayat jalan itu akan bertambah pendek, malah melalui pertimbangan kejuruteraan juga adalah sangat tidak digalakkan!

Wakil Rakyat Moyog itu masih meneruskan pemantauan jalan tersebut walaupun jalan itu adalah jalan yang tidak kerap dilalui oleh kenderaan disebabkan pengguna jalan raya adalah lebih gemar menggunakan jalan lintas yang lebih mulus dan canggih.

Dijelaskan di sini bahawa jalan Bonggon-Kondundungan hingga Ganang, Penampang sebenarnya jalan perhubungan dalam kampung dan bukan jalan raya utama atau juga dilabel sebagai jalan protokol.  Seperti yang dijelaskan oleh Pairin, dana penyelenggaraan jalan tersebut adalah tidak berkala akan tetapi terletak kepada permintaan.

Jalan itu sebenarnya terletak dalam kawasan Parlimen Penampang yang diwakili YB Darell Leiking daripada PKR. Jika sekiranya YB Moyog itu tidak sabar menunggu usaha naiktaraf oleh kerajaan itu, maka dicadangkan pihak Parlimen Penampang untuk mengeluarkan kos sendiri bagi usaha penyelenggaran tersebut. Selesai!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook