Latest News

Tuesday 15 December 2015

"Rakyat Sabah Mula Menyokong Parti Tempatan?" - Jeffrey Kumin

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i)  Rakyat Sabah Mula menyokong Parti tempatan Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)


KENYATAAN daripada Jeffrey Kumin itu bukan kenyataan pelik. Ini kerana kenyataan seperti itulah yang perlu keluar daripada pemimpin parti pembangkang untuk menggamit sokongan rakyat.

Pemimpin pembangkang sejak dahulu kala sentiasa membuat kenyataan bahawa parti mereka mendapat sokongan. Walhal, selepas pilihan raya terbukti bukan sahaja kebanyakan calon mereka kalah malah kehilangan wang pertaruhan.

Di Sabah, sokongan rakyat terhadap sesebuah parti bukan terletak pada apakah sesebuah parti itu didaftarkan di Sabah atau kawasan lain. Sebaliknya, adalah sokongan rakyat kepada sesebuah parti dengan menyatakan apakah parti itu boleh membentuk kerajaan.

Janganlah berangan dengan keputusan PRU-14 akan tetapi lihatlah bukti pada PRU-13. Pada PRU-13, hanya parti yang difikirkan membentuk kerajaan yang pasti mendapat sokongan rakyat majoriti. Keputusan PRU-13 di Sabah, BN mendapat 48 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Sementara pembangkang DAP dan PKR mendapat 11 kerusi dan sebuah kawasan dimenangi parti yang dikatakan parti tempatan di kawasan DUN Bingkor di mana bukan kerana sokongan rakyat tetapi masalah teknikal.

Rakyat kini sudah matang! Para pemimpin parti politik khususnya parti politik yang belum pernah berkuasa hanya menjadikan rakyat sebagai batu loncatan untuk cepat kaya. Rakyat telah menyaksikan bahawa setiap pemimpin yang pernah mendapat gelaran Yang Berhormat (YB) tiba-tiba menjadi 'orang kaya baru'. Namun, ironinya kawasan yang mereka wakili tetap terbelakang.

Maka atas sebab itu, rakyat lebih cenderung kepada parti yang sudah mapan seperti BN. Hal ini kerana sebagai gabungan parti yang telah lama memerintah negeri dan negara, maka setiap pemimpin dan wakil rakyat telah tertanam semangat untuk membela rakyat sebagai tanda terima kasih. Di samping itu juga, adalah sokongan rakyat terhadap parti yang sentiasa amanah dan setia membentuk kerajaan. Selain itu, disebabkan sokongan rakyatlah wakil-wakil rakyat yang mewakili parti dapat "upgrade" kedudukan mereka.Timbal balik!

Juga, pemimpin BN telah mengharungi berbagai liku-liku sejak sekian lama dan telah mempunyai banyak dan cukup pengalaman serta tidak perlu lagi mencuba-cuba dalam sebarang perancangan untuk pembangunan. Sebaliknya, jika rakyat memilih parti baru yang tiada pengalaman, bukan sahaja kos menjadi kekangan tetapi juga masa yang banyak diperlukan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook