Latest News

Monday 21 December 2015

Rancangan Pembinaan Sekolah Menengah Kanibongan, Pitas

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) All the project money goes to the officer pocket Oleh FB Doris Jones (screenshot)

SETIAP rancangan khususnya yang berkaitan dengan pembinaan sesebuah sekolah selain keperluan kewangan juga keperluan sokongan terhadap rancangan itu termasuklah jumlah pelajar yang bakal memasuki sekolah tersebut. Selain itu, seperti biasa ketersediaan pelan serta kejuruteraan sesebuah bangunan itu perlu mendapat kelulusan daripada pihak Jabatan Kerja Raya Sabah terlebih dahulu sebelum pembinaan dimulakan.

Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia hanya menyediakan dana sementara penyediaan tapak dilakukan oleh kerajaan negeri. Manakala urusan kejuruteraan pula oleh Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah selain dokumen yang berkaitan dengan BQ (building quantity).

Jika berlaku kelewatan ianya berkemungkinan besar adalah salah satu faktor atau penyebab yang disebutkan di atas adalah tidak dipenuhi.

Pihak pengkritik yang mana sebelum hendak membuat sebarang dakwaan, janganlah melihat sesuatu perkara itu tanpa usul periksa. Ini sebabnya, sebarang dakwaan itu akan terkena diri sendiri apatah lagi dengan memberi dakwaan yang bersifat anggapan.

Melihat papan tanda sebenarnya memberi 1001 persoalan. Bagi mereka yang mempunyai niat negatif akan memberi reaksi yang bersifat negatif. Sebaliknya, mereka yang berfikiran terbuka dan waras, tentu membuat penilaian bahawa ada sesuatu yang perkara yang tidak terduga terhadap penyebab kepada suatu projek itu tidak 'kick-off'

Biasanya, jika sesuatu projek masih tidak dimulakan adalah berpunca daripada masalah teknikal. Walhal, jika dikaitkan dengan dana atau peruntukan pula, kementerian telah menyediakan dana lebih awal berikutan sesebuah projek seperti pembinaan sekolah sebenarnya telah disenaraikan lebih bertahun-tahun awalnya sebelum dana diberikan atau diluluskan.

Berhubungan dengan SMK Kanibongan, Pitas tersebut, maka selayaknya mana-mana pihak yang berminat mengetahui projek itu yang berhubung dengan pihak-pihak berkenaan bagi mengenal pasti duduk perkaranya projek tersebut.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook