Latest News

Tuesday 22 December 2015

Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara (MKN)

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i)  Menteri Sabah takut hilang Jawatan Oleh FB Zainnal Ajamain (screenshot)  
(ii) Hanya Agong sahaja yang boleh isytiharkan Oleh Blog Malaysiakini (screenshot)  (screenshot)


RANG Undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) sudah diluluskan oleh Dewan Rakyat di peringkat dasar dan kini sedang dibahas di Dewan Negara untuk kelulusan.

Rang Undang-undang itu sebenarnya tepat pada masanya dilaksanakan memandangkan situasi jenayah yang melanda kini bukan sahaja tertumpu dalam negeri akan tetapi juga berpunca daripada luar. Melihat kepada kecanggihan berbagai alat serta kepintaran dan  keberanian para penjenayah, maka satu mekanisme seperti MKN 2015 perlu ada bagi menangkis serangan jenayah.

Rata-ratanya, para pemimpin menyokong Rang Undang-undang itu. Namun, ianya perlu diperhalusi termasuklah siapa yang boleh mengisytiharkannya. Melalui Rang Undang-undang MKN 2015, kuasa mengumumkan penggunaan Rang Undang-undang itu diberikan kepada perdana menteri atas nasihat MKN. Ini kerana sifatnya adalah yang setempat dan bukan sahaja melibatkan menyeluruh mahupun seluruh negara. Tafsiran, jika keadaan darurat menyeluruh maka kuasa mengisytiharkan adalah ditangan Yang di-Pertuan Agong atas nasihat perdana menteri setelah perdana menteri akan mula mendapat nasihat daripada MKN. Undang-undang MKN yang baru adalah bersifat reaksi cepat yang perlu ditangani oleh pentadbir negara kerana sifatnya terpencil pada sesuatu kawasan.

Salah satu jenayah yang termasuk dalam Rang Undang-undang MKN 2015 adalah jenayah rentas sempadan, jenayat daesh (IS) pengganas (teroris) serta kekacauan di kompleks membeli-belah dan  sebagainya. Memandangkan kuasa yang ditafsir melalui Rang Undang-undang itu kadangkalanya bersifat terpencil, maka adalah memadai kuasa mengisytiharkan/mengarahkan tindakan diletakkan ke tangan 'Perdana Menteri' kerana perdana menteri merupakan ketua pentadbir dalam bidang eksekutif.

Berkaitan saranan agar ketua menteri Sabah dan Sarawak perlu dilantik sebagai ahli MKN, sebenarnya perkara itu tidak timbul. Ini kerana sejak sekian lama, kedua-dua ketua menteri dua (2) negeri itu senantiasa dilantik sebagai ahli Majlis Keselamatan Negara (MKN).
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook