Latest News

Friday 11 December 2015

Resit Pengenalan Sementara: Itu Adalah Dokumen Keterangan!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Resit Pengenalan JKM yang dikeluarkan ... Oleh FB Solidarity 4 Sabah (screenshot)

DOKUMEN (Resit Pengenalan Sementara) itu sebenarnya tidak membawa apa-apa implikasi undang-undang atau dokumen itu sebenarnya bukan dokumen pengenalan diri yang sah seperti mana keperluan yang digariskan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Dokumen itu hanya sebagai pendaftaran bagi pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditemui semasa operasi memburu, mencari, menangkap dan bagi mereka yang dijumpai di mana kewarganegaraan/kerakyatan belum dikenal pasti, maka dikeluarkan dokumen itu untuk menunjukkan bahawa individu itu telah dalam senarai atau berdaftar sebagai 'pati' yang kurang maklumat. Selain itu, agar mudah bagi kerajaan atau pasukan keselamatan mengawal mereka. Maka, Sila jangan buat fitnah!

Dokumen pendaftaran itu, tidak boleh digunakan sebagai pemudah cara bagi memberikan kad pengenalan kerana pemberian kad pengenalan memerlukan proses yang ketat termasuk status kelahiran, keputusan mahkamah dan sebagainya.

Sebenarnya, kerajaan atau pihak berkuasa memerlukan data manusia yang tinggal di sabah bagi maksud pendataan kerana jumlah penduduk diperlukan bagi maksud mengetahui berapa jumlah sebenar penduduk sabah dan dikalangannya juga berapa penduduk yang berstatus pati dan yang tidak berdokumen.

Setakat september 2015, sejumlah 143 ribu penduduk berjaya diperiksa dan daripadanya lebih 24 ribu merupakan warga asing dan telahpun dihantar pulang ke negara asal. Manakala lebih 17 ribu berada dalam tahanan dan selebihnya adalah mereka yang seperti mana dimuat naik oleh pemilik facebook itu.  

Para individu yang dikategorikan dalam kumpulan ini, pihak kerajaan sedang berbincang dengan negara jiran agar supaya memberi dokumen agar supaya mereka boleh kembali ke negara asal atau boleh tinggal di sabah sebagai warga asing yang berdokumen.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook