TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:(i) Harris: Labuan not a bridge too far Oleh FB Jaymie Jaymie (screenshot) (screenshot)
PULAU PINANG memerlukan masa 50 tahun untuk mendapatkan jambatan Pulau Pinang siap dibina. Kemudian disusuli jambatan kedua (Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah) selama dua puluh (20) tahun kemudiannya .
Pulau Labuan yang dijadikan sebagai Wilayah Persekutuan (WP) adalah pada tahun 1984 yang baru berusia 31 tahun. Angan-angan untuk membina jambatan bagi menghubungkan pulau itu dengan tanah besar Sabah akan menjadi kenyataan pada suatu hari kelak apabila ianya benar-benar diperlukan untuk memacu perekonomian negara.
Sesuatu kawasan akan dimajukan jika ianya mendukung perekonomian negara. Tanpanya, maka negara kehilangan peluang merebut hambatan ekonomi dunia.
Kalaulah benar seperti mana kenyataan pembantu Tan Sri Harris Salleh itu, maka ianya satu peluang. Namun setakat ini, cerita pembantu mantan ketua menteri Sabah itu merupakan 'news' dan bukannya satu kenyataan sebenar.
Membina jambatan yang menghubungkan pulau Labuan dan tanah besar Sabah, jika dilihat pada masa sekarang memerlukan kos yang cukup besar. Pembinaan itu sekurang-kurangnya memerlukan tidak kurang RM30 bilion. Bayangkan betapa besarnya jumlah kos itu. Secara logiknya, jumlah itu merupakan bajet 9 tahun negeri Sabah sendiri.
Pembinaan sesebuah infrastruktur yang mega memerlukan kajian daripada segi kos berimbang, limpahan ekonomi serta kesan alam sekitar. Bagi limpahan ekonomi, contoh yang diberikan oleh pembantu Tan Sri Harris Salleh itu hanya merupakan andaian. Atau perkiraan di atas kertas dan tiada jaminan bahawa pelancong china perlu turun ke WP Labuan dahulu sebelum ke Sabah dan Sarawak kerana dua (2) negeri itu juga mempunyai lapangan terbang antarabangsa.
Tidak salah melakukan perancangan awal seperti pembinaan jambatan WP Labuan. Suatu hari kelak akan juga direalisasikan impian itu!
0 comments:
Post a Comment