Latest News

Monday 28 December 2015

Satu Pembohongan Terhadap MKN

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Tiada wakil Sabah Oleh FB Pahe Tulun Sabah (screenshot)


SEBENARNYA, Ahli Jawatankuasa Majlis Keselamatan Negara (MKN) adalah meliputi para pemimpin dan kementerian yang dianggap sebagai sebahagian daripada keselamatan negara. Bagi Sabah dan  Sarawak, pengerusi keselamatan adalah 'Ketua Menteri' bagi kedua-dua negeri tersebut. Berasaskan kedudukan itu, maka secara automatiknya merupakan ahli jawatankuasa MKN. Selain itu, ada juga pemimpin daripada Sabah merupakan AJK MKN. Ini antaranya seperti Datuk Seri Salleh Said Keruak yang dipilih berikutan atas kapasiti beliau sebagai Menteri Komunikasi and Multimedia.

Pembangkang hanya bercakap diluar konteks and diluar fakta sebenar! Memang benar dalam persidangan Dewan Negara ada senator daripada Sarawak yang membangkitkan bahawa AJK MKN perlu memasukkan wakil daripada Sabah dan  Sarawak. Namun, apabila dijawab oleh menteri bahawa memang ada jawapan itu yang tidak disiarkan atau tidak dilaporkan oleh media-media atau portal-portal pembangkang. Dengan disebabkan tidak menyiarkan atau tidak melaporkan jawapan menteri itu, nampak sangatlah niat para media/portal pembangkang yang hanya semata-mata mengelirukan rakyat dan menimbulkan syak wasangka.

Sejak negara merdeka, pemimpin daripada Sabah dan Sarawak merupakan sebahagian daripada AJK Keselamatan Negara. Hal ini kerana ketua menteri bagi kedua-dua negeri itu merupakan ahli yang dilantik secara automatik! 

Disebabkan keahlian ketua menteri bagi Sabah dan Sarawak dilantik secara automatik, maka tidak perlulah disebutkan dalam rang undang-undang. Memang semasa pembentangan rang-rang undang MKN 2015 itu, ada disebutkan bahawa seramai 15 AJK yang bakal menganggotai majlis itu yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri. Oleh kerana tidak disebutkan mana-mana ahli yang menganggotai majlis itu, maka timbullah ucapan senator daripada Sarawak untuk meminta agar pemimpin Sabah dan Sarawak dilantik.



Sebenarnya, setiap ahli jawatankuasa MKN adalah bukan terletak kepada nama seseorang pemimpin melainkan kepada jawatan. Sebagai misalnya, jawatan seperti Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Ketua Polis Negara, Menteri Pertahanan, Menteri Dalam Negeri, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Ketua Menteri Sabah mahupun Sarawak. Ini bererti sesiapa sahaja yang dilantik jawatan itu, maka secara automatiknya merupakan anggota MKN.


Kewujudan MKN sebenarnya bertujuan pengukuhan kepada Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perlembagaan Negara. Ini kerana MKN akan mengambil peranan sepenuhnya untuk mengekalkan keamanan dan menjaga ketenteraman awam dalam negara.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook