Latest News

Monday 28 December 2015

Seharusnya Jalin Luin Ajar Orang-Orangnya Untuk Jadi PEMBERSIH!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i)  prihatin pada daerah Semporna Oleh FB Jalin Luin (screenshot)

KEBERSIHAN merupakan perkara penting yang dituntut oleh agama. Juga, kebersihan merupakan satu tuntutan kehidupan dari semua aspek termasuk diri sendiri, keluarga, masyarakat, negeri dan negara. Kebersihan bermula daripada diri sendiri dan jika diri sendiri tidak bersih sudah tentu tidak akan mampu mengamalkan kebersihan secara amnya.

Sebenarnya, tidak perlulah orang luar mengupload gambar di kawasan kotor. Jika mereka yang mendiami kawasan itu tahu menjaga kebersihan dengan melihat gambar yang diupload oleh penyokong kuat Dato' Seri Shafie Apdal itu, nampaknya dia sendiri sebagai orang Semporna gagal mendidik orang-orangnya berkaitan dengan hal kebersihan. Maka, dengan sebab itu sampah sarap dibuang merata sehingga memenuhi kawasan laut.

Tabiat orang-orang yang sebangsa dengan Jalin Luin mungkin saja sejak zaman azali lagi suka membuang sampah sarap ke laut. Bukan itu sahaja, ianya termasuklah kotoran manusia. Jalin Luin cuba mengkritik orang lain berkaitan soal-soal kebaikan. Namun, orang-orang di sekitarnya pun gagal dididik!  Mengupload gambar kotor itu mengesahkan pekong dan kegagalan pemilik facebook itu memberi pendidikan tentang kebersihan kepada orang-orang yang sesuku dengannya.

Sebenarnya, kebersihan akan wujud jika penduduk mengamalkan kebersihan. Tiada yang mampu mengatasi kotoran jika tiada tindakan atau usaha daripada penduduk untuk mengelakkan kotoran. Sumber kotoran adalah berpunca daripada mereka yang mendiami kawasan itu dan ini bukan pun daripada penduduk lain.

Oleh sebab itu, sebelum Jalin Luin membuat berbagai dakwaan karut, seeloknya dia pulang ke Semporna untuk mendidik orang-orangnya berkaitan kebersihan atau dia juga yang merupakan punca kepada kotoran itu. Sehinggakan perlu orang lain yang kononnya seorang mahasiswa memberitahu dia tentang kotoran sampah sarap tersebut.  Alahai! Jalin Luin, "kuman di seberang laut tampak, gajah dipelupuk mata tiada tampak".
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook