Latest News

Thursday 31 December 2015

SIAPA HINA SIAPA: Siapa Hina SSKM dan OKU??

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Ini siapa tukang viral vedio hina SSKM dan OKU... Oleh FB Songolung Klen (screenshot)

MENGAPA Doris Jones begitu terpukul apabila ada yang mengulas dia berkerusi roda atau penyokongnya atau sesiapa sahaja dalam golongan SSKM? Biasanya, orang yang terpukul dan terlalu  merasakan sesuatu yang disuarakan apabila perbuatannya itu bukanlah yang sebenarnya tetapi hanya berlakon bersandiwara dan  dibuat-buat sahaja! Siapa tahu!

Doris, barangkali adalah seorang sosok manusia yang tiada integriti dan mempunyai sifat yang berdolak dalik. Tindakan itu semata-mata untuk mengaburi mata penajanya untuk menunjukkan bahawa dia masih ada sokongan. Kononnya!

Datuk Wilfred Madius Tangau semasa berkempen pada PRU-13 lalu, mengulas bagaimana Doris bersandiwara serta menunjuk-nunjuk 'isu kerusi rodanya' semata-mata untuk mendapat simpati. Sedangkan, perbuatan seumpama itu jarang benar dilakukan oleh mana-mana individu di mana menunjukkan kecatatan sebagai faktor untuk mendapatkan sokongan. Benar, bukan?

Berasas kepada komen Madius itu, Doris memutar belit yang kononnya Madius menghina orang kurang upaya (OKU) tanpa merujuk kepada dirinya yang berlakon.

Doris sebelum ini berusaha mendapat sokongan dengan mengumpul 300 ribu tandatangan di mana kononnya mahu diserahkan ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubungan dengan cara Sabah dan Sarawak dimerdekakan oleh British serta membangkitkan perjanjian Malaysia 1963. Kononnya, banyak pelanggaran syarat-syarat kemerdekaan dan meminta PBB untuk melihat semula pembentukan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963 itu.

Sebenarnya, keinginan mendapatkan sokongan sebanyak 300 ribu tandatangan adalah hanya untuk ditunjukkan kepada paymasternya agar supaya penaja itu yakin bahawa Doris ada sokongan lalu mendapat habuan yang diidamkan. Maka atas sebab itu, Doris terpaksa bersandiwara seperti pelakon termasuklah berkerusi roda semata-mata untuk menarik simpati. Boleh jadi!

Malangnya lakonan Doris itu, tidak mampu menarik sokongan dan  kempennya bagi mendapatkan tandatangan juga tidak kesampaian.

Kini, terlihat sangat bahawa komen-komen atau kenyataan Doris sangat bercelaru seolah-olah dia sudah tidak waras lagi. Tekanan hidup menjadikan Doris menjadi manusia yang tidak berintegriti, pembohong serta memalsukan fakta-fakta supaya ada yang tertarik dengan dakyahnya. Sekiranya berjaya, maka dia akan melaporkan kepada penajanya agar supaya bantuan kewangan diteruskan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook