Latest News

Monday 28 December 2015

SOAL HAK: Penjenayah Tetap Penjenayah

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Tolong jaga Sabah dulu sebelum sibuk hal Brunei dan Amerika Oleh FB Doris Jones (screenshot)

DORIS JONES tidak tahu apa itu "penjenayah tetap penjenayah!". Penjenayah akan terus menjadi penjenayah walapun adanya berbagai undang-undang berkuatkuasa.

Terlihat bagaimana Doris Jones tidak memahami kenyataan Datuk Seri Salleh Salleh Said Keruak berkaitan hak dan bukan hak. Menurut Salleh, walaupun sesuatu itu merupakan hak akan tetapi hak itu tidak boleh disalahgunakan. Memang menurut beliau seperti di Amerika, hak memiliki senjata bagi rakyat negara itu memang tertulis dalam perlembagaan negara itu. Walaupun demikian, ianya bukan hak untuk menembak orang dengan cara sesuka hati.

Berkaitan kenyataan Datuk Seri Salleh Salleh Said Keruak yang dihubungkan dengan Perayaan Natal di Brunei sebenarnya tiada larangan bagi penganut agama itu merayakan Hari Natal. Ini adalah seperti yang berlaku pada 25 Disember 2015 baru-baru ini, Hari Natal di negara itu disambut seperti biasa seperti tahun-tahun sebelumnya.

Nampak sangat kebodohon Doris Jones apabila dia tidak faham apa yang dinyatakan sebaliknya berkata yang lain pula. Nampak sangat bahawa pelarian itu apabila membaca kenyataan orang lain, dia berlagak seperti itik dan  ayam walaupun sama-sama berkaki dua  tetapi tidak saling memahami.

Sebenarnya, Doris Jones telah hilang akal apabila tindak-tanduknya melalui SSKM, semakin hari semakin terhakis. Ini fakta! Ini berikutan rakyat Sabah dan  Sarawak mengetahui bahawa tujuan pelarian itu mewujudkan SSKM adalah untuk mendapatkan dana untuk meneruskan kehidupannya di London.

Kini, dia cuba melakukan berbagai cara untuk dia mendapat dana termasuk membuat berbagai dakwaan yang diluar konteks kenyataan para pemimpin seperti kenyataan Datuk Seri Salleh Salleh Said Keruak. Tujuan Doris Jones berbuat demikian agar supaya Datuk Seri Salleh Salleh Said Keruak terpengaruh dengan dakwaannya dan kemudian berharap agar menteri itu menghantar utusan untuk berdamai dan  memberikan dana agar supaya tidak membuat sebarang dakwaan karut. Oppss! Jangan marah!

Harapan Doris Jones itu tidak akan tercapai kerana rata-rata penduduk Sabah dan Sarawak sudah mengetahui siapa Doris Jones yang sebenarnya. Dan sudah tentu tidak mungkin lagi dana akan terus diberikan kepada pelarian itu.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook