Latest News

Monday 14 December 2015

Tafsiran BUKAN Pengamal Undang-Undang

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Setiap undia membawa padah Oleh FB Page Penindasan Terhadap Orang Tempatan  (screenshot)
(ii)  Tak Nak undi BN UMNO Oleh  FB Jaymie Jaymie (screenshot) (screenshot)

DI MANA-MANA di dunia ini hanya parti majoriti sahaja yang bakal diminta membentuk kerajaan. Pada sesuatu pilihan raya dan apabila keputusan diumumkan, maka yang diminta membentuk kerajaan adalah parti yang mempunyai kerusi terbanyak. Bukan merupakan praktik bahawa jumlah gabungan parti-parti akan tetapi adalah parti mana yang mempunyai kerusi terbanyak.

Bagi BN, walaupun mempunyai banyak parti-parti yang menganggotainya sebagai parti komponennya, namun telah didaftarkan sebagai satu entiti dan hanya berlambang satu. Dalam pengertian undang-undang, BN merupakan sebuah parti.  Berlainan dengan parti-parti pembangkang, pakatan mereka merupakan gabungan yang longgar. Ertinya, pakatan antara parti-parti yang tidak jelas siapa ketua utamanya. 

Bagi maksud undang-undang agar tidak timbul kecelaruan, maka dalam melantik mana-mana individu sebagai Perdana Menteri atau Ketua Menteri atau Menteri Besar perlu merujuk kepada parti yang mempunyai kerusi terbanyak. Selain itu, mampu menjemput parti-parti kecil untuk turut menyertainya. Inilah yang berlaku di Pulau Pinang dan Selangor serta Kedah selepas PRU 2008. 

Sementara itu di Perak walaupun PAS mempunyai kerusi sedikit berbanding DAP tetapi undang-undang penubuhan negeri itu mewajibkan 'Menteri Besar' adalah mesti beragama Islam. Oleh kerana semua wakil rakyat DAP tiada yang beragama Islam yakni muslim, maka dilantiklah Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin daripada PAS untuk jawatan Menteri Besar tersebut. Namun, perlu diingat bahawa walaupun Nizar mewakili Pas tetapi beliau mewakili DAP dalam menjalankan pemerintahan. 

Berlainan dengan Sabah, Sarawak dan Persekutuan, tiada undang-undang yang menghalang melantik seseorang berasaskan agama. Ini bermaksud sesiapapun boleh dilantik ke jawatan itu asalkan seseorang itu rakyat Malaysia iaitu merupakan ahli Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sebenarnya, tiada 'kelicikan' dalam undang-undang pendaftaran seperti mana dibangkitkan oleh blog tersebut. Pendaftaran sesuatu parti atau entiti hanya berasaskan undang-undang kerana dalam undang-undang adalah termaktub bahawa setiap organisasi yang beroperasi di Sabah, Sarawak atau Semenanjung perlu berdaftar di pejabat pendaftar di wilayah-wilayah tersebut.

Memang maksud dan tujuan penulis blog tersebut dengan melihat kepada keadaan undang-undang dalam negara, maka parti-parti pembangkang perlu mendaftar sebagai satu entiti. Dengan itu akan berlakulah kecelaruan apabila melantik ketua kerajaan berasaskan undang-undang yang perlu dijalankan oleh ketua kerajaan sama ada oleh TYT atau Sultan atau Yang di-Pertuan Agong.

Penulis blog itu menyalahkan undang-undang sedangkan perkara pokok mereka adalah tidak mengikut undang-undang yang sudah tertulis. Nampak sangat bahawa kumpulan pembangkang yang diwakili Parti Cinta Sabah itu mahu memperlekehkan undang-undang yang sedia ada dan jika anda menyedari adalah terlalu sangat bahawa pemimpin parti itu mempunyai kecenderungan untuk melanggar undang-undang.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook