Latest News

Thursday 17 December 2015

"Tidak ada wawasan 2020 di Sabah" - Doris Jones

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Orang kampung gelap gelita Oleh FB Doris Jones (screenshot)
(ii) Internet pun macam apa saja sini Sabah Oleh FB Doris Jones (screenshot)

APA yang diketahui oleh Doris berkaitan dengan telekomunikasi? Di Sabah, semua kawasan sudah ada capaian telefon sama ada talian kabel atau tanpa wayar. Memang dari segi internet ada kawasan yang belum ada capaian. Namun, ianya merupakan perancangan kerajaan sejak tahun 1990 bahawa capaian internet akan meliputi 95 peratus menjelang tahun 2020.

Perkhidmatan internet bukan murah! Ianya memerlukan perbelanjaan berbilion ringgit. Doris Jones lupa di United Kingdom (UK) pun capaian internetnya hanya 100 peratus pada tahun 2000. Sedangkan UK telah lama merdeka malah tidak pernah dijajah.

Sudah tentu Doris Jones tidak boleh memandingkan antara buah epal dengan buah nenas. Ini kerana keadaan yang berbeza dan padang yang berbeda! Benar? Malaysia, merupakan negara membangun dan bekas jajahan. Semasa dijajah, semua sumber alam negara telah diangkut pulang ke tanah penjajah. Maka, selepas negara merdeka terpaksa bermula daripada 'kosong' untuk membangun.

Kalaulah dilihat daripada pencapaian telekomunikasi di rantau ini, Malaysia masih ke depan berbanding negara yang awal merdeka seperti Indonesia, Filipina malahan Thailand yakni sebuah negara yang tidak pernah dijajah.

Jika Doris Jones tahu bahawa sejak 3 tahun yang lalu, semua perkampungan mempunyai kemudahan internet tanpa wayar dan ianya percuma! Perkhidmatan ini tidakpun pernah berlaku di negara-negara maju seperti UK. So, what do you say, Jones?

"Alahai! Doris Jones, janganlah membuat kenyataan palsu kerana kenyataan itu hanya ditertawakan".
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook