Latest News

Tuesday 22 December 2015

Tidak Logik Jika Perlembagaan Lebih Rendah Darjatnya Berbanding Perjanjian Malaysia

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i)  Ini baru masa saya bagi BUKTI Oleh FB Doris Jones (screenshot)

PERLEMBAGAAN merupakan pegangan atau panduan bernegara yang meliputi seluruh aspek kehidupan rakyat negara ini. Manakala perjanjian mempunyai batasan-batasan tertentu yang hanya membicarakan atau menghuraikan syarat-syarat sesebuah perjanjian. Seperti juga perjanjian pembentukan Persekutuan Malaysia. Perjanjian itu tidak memperinci berbagai aspek secara menyeluruh berbanding dengan perlembagaan yang memperincikan dari semua aspek A hingga Z bagaimana cara sesebuah negara itu bernegara.

Pemimpin pembangkang hanya tahu bercakap tetapi tidak mendalami pengertian perjanjian dan  perlembagaan. Perlu dingat bahawa seorang wakil rakyat tidak semestinya tahu apa yang dicakapnya. Malah, mereka sengaja bercakap untuk menimbulkan berbagai persepsi! Ini sememangnya diakui! Ini termasuklah kenyataan yang kononnya perlembagaan darjatnya adalah lebih rendah berbanding perjanjian Malaysia pada tahun 1963.

Melihat kurang pengertian pemimpin pembangkang ini, Doris Jones yang memang bodoh cuba menyampuk lagi untuk mengesahkan kebodohan pemimpin pembangkang itu. Biasanya, mereka yang sealiran fikiran akan kompak untuk sesuatu hujah seperti hujah pemimpin pembangkang yang diterbitkan oleh akhbar tempatan. Wartawan akhbar itu sudah tentu hanya tahu menulis. Ini kerana itu sudah menjadi tugasnya. Tetapi malangnya, tidak faham pengertian antara perlembagaan dengan perjanjian. Oleh kerana ketidaktahuan itu, maka wartawan yang menerbitkan berita itu cuba mensensasikan lagi kenyataan daripada pemimpin pembangkang itu seolah-olah kenyataan itu betul. Naik pangkatlah katakan!

Masa kini, ramai pemimpin yang cuba menjadi juara untuk sesuatu isu walaupun mereka itu sebenarnya bercakap auta. Sifat mereka ini adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab dan menggunakan pentas politik untuk mengelirukan rakyat.

Bagi para pembaca atau orang ramai, perlu berhati-hati berkaitan ucapan-ucapan atau kenyataan para pemimpin khususnya daripada pembangkang, Hal ini kerana niat mereka hanya mahu mewujudkan ketegangan dalam negara sekaligus berangan-angan untuk menjadi pemerintah! Dasar pembangkang!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook