Latest News

Wednesday, 16 December 2015

UMNO Hanya Sebuah Parti

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Saya terpaksa hindari UMNO Oleh FB John Charles Mitah Mikat (screenshot) (screenshot)
(ii) UMNO tidak wajar di pertikaikan Oleh FB Baintin B.Halim Adun  (screenshot) (screenshot)

UMNO hanya merupakan sebuah parti yang boleh dianggotai oleh orang yang berbangsa Melayu dan kemudiannya oleh Bumiputera. Selain itu, parti itu juga boleh dianggotai oleh bangsa Siam. Ini bermakna, parti itu dianggotai oleh bangsa-bangsa yang dikategorikan sebagai bangsa yang telah lama menduduki negara ini atau bangsa asal.

Nusantara yang meliputi wilayah Filipina, Indonesia, Borneo dan tanah Melayu yang dahulunya dikenali sebagai kepulauan Melayu. Setiap etnik yang mendiami wilayah itu adalah termasuk dalam rumpun bangsa Melayu. Bangsa Melayu seperti juga bangsa Cina yang terbahagi-bahagi kepada beberapa suku termasuklah mereka yang mengenalkan diri mereka sebagai Bumiputera. Kemudian, status bumiputera itu terbahagi-bahagi pula kepada beberapa etnik seperti yang ada di Sabah dan Sarawak pada masa kini.

Parti UMNO merupakan parti untuk bangsa besar seperti mana termaktub dalam perlembagaan parti tersebut. 

Kemasukan seseorang dalam sesebuah parti sebenarnya tiada paksaan. Tujuan seseorang atau kumpulan memasuki sesebuah parti adalah kerana intipatinya yakin akan perjuangan parti itu. Sesiapa sahaja yang telah memasuki atau menjadi anggota sesebuah parti juga bebas untuk keluar oleh kerana keanggotaan dalam sesebuah organisasi atau parti merupakan secara sukarela.

Parti politik adalah organisasi sukarela dan bukan seperti syarikat yang bertujuan keuntungan semata-mata. Jika ada seseorang yang masuk sesebuah parti adalah kerana bertujuan mencari keuntungan, sebenarnya ianya bercanggah dengan perlembagaan parti dan kehadiran orang itu yang realitinya boleh membawa kemudaratan kepada parti.

Tujuan penubuhan sesebuah parti adalah apabila menyertai pilihan raya dan menang, maka boleh membentuk sesebuah kerajaan. Kerajaan yang dibentuk bertunjangkan parti yang menang, sememangnya itulah yang membela rakyat melalui berbagai program atau polisi yang membantu kehidupan rakyat.

Jika kehadiran seseorang itu dalam parti kemudian seseorang itu mendapat habuan, maka ianya merupakan kesilapan yang perlu dihindarkan kerana ianya akan boleh menghancurkan parti.

Parti UMNO didasarkan kepada slogannya "Hidup UMNO, Hidup Melayu"! Itulah laungan yang kerap dilaungkan oleh para ahli UMNO setiap kali Perhimpungan Agung UMNO diadakan. Laungan itu, hanya sebagai pembakar semangat kepada para ahli parti yang mempunyai ahli yang majoriti berbangsa Melayu walaupun parti itu juga mempunyai anggota parti daripada rumpun Melayu seperti etnik Bumiputera Sabah dan Sarawak serta Siam.

Pembangkang memang mahu memainkan isu sentimen suku kaum khususnya kepada meraka yang bersuku etnik Bumiputera. Ini bertujugan agar supaya para sukuan itu keluar daripada parti UMNO dan kemudiannya menjadi pembangkang.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook