Latest News

Tuesday 1 December 2015

YA BENAR! Terimalah Hakikat Wahai Pembangkang...

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) siapa ada bakul plastik? cepat bagi saya... mau termuntah sudah ni... Oleh FB Page Negara Sabah (screenshot)
(ii) Umno Berhak Masuk Sabah... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

SABAH mempunyai 60 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 25 kawasan Parlimen. Daripada 60 kawasan Dun itu, 33 kawasan telah dimenangi oleh calon-calon Umno. Manakala untuk kawasan parlimen, 14 kawasan juga dimenangi oleh calon-calon Umno. 

Jika bukan kerana semangat UMNO/Barisan Nasional (BN) terutama bagi kawasan DUN, Umno sudah tentu boleh menang 40 kawasan Dun dan 20 kawasan Parlimen. Dato' Abdul Rahman Dahlan berkata adalah berasaskan fakta dan bukan khayalan. Semua rakyat mengetahui apa yang dikatakan oleh Rahman adalah benar!

Umno Sabah mempunyai keahlian seramai 550 ribu berbanding jumlah sejuta pengundi. Ertinya, ahli umno merupakan lebih 50 peratus daripada jumlah pengundi Sabah. Salah satu pemilik facebook tersebut berkata mahu termuntah! Maknanya, dia juga langsung tidak mengetahui kedudukan sebenar sebaliknya hanya bermain dengan jari. Bagi mereka yang mengetahui perkara sebenar bukan lagi termuntah dengan dakwaan pemilik facebook itu, malah ingin saja memberi penampar agar dia tersedar daripada igauannya.

Untuk pengetahuan kepada pemilik facebook itu, sebenarnya pada tahun 1994, Sabah sudah jatuh muflis atau bankrap akibat langsung tiadanya simpanan kewangan negeri yang secukupnya. Tetapi pada tahun 2003, selepas 9 tahun Sabah diperintah oleh BN di mana Umno sebagai parti tunjang, simpanan kewangan negeri hanya meningkat positif sebanyak RM150 juta. Setelah Musa dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah, maka pada tahun 2011 iaitu 9 tahun kemudiannya, simpanan tetap Sabah menjadi RM3 bilion dan bertahan sehingga kini.

Melalui kemasukan parti Umno ke Sabah, maka politik Sabah menjadi stabil berikutan sebelum ini setiap 9 tahun akan berlaku perubahan kerajaan negeri di mana mengakibatkan Sabah menjadi negeri termiskin di Malaysia. Kemasukan Umno di Sabah selain menstabilkan politik, malah juga dapat meransang perekonomian negeri. Oleh sebab itu, terwujudlah berbagai projek mega seperti Lebuhraya Pan Boreno, SGOT, PIOC, Projek Urea dan sebagainya. Tambahan, Sabah kini merupakan pemain dalam industri minyak dan gas.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook