TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:(i) Hahaha...... Pemimpin dan pengundi bn-umno macam tahi saja... Oleh FB Page Remove Musa Remove Umno Sabah (screenshot)
(ii) TUTUP MULUT KAMU... Oleh FB Edward Stephen Edward Stephen (screenshot)
(iii) Mau kasi takut ja... Oleh FB Ds Chazy Chaz (screenshot)
PENDATANG Asing Tanpa Izin (PATI) datang atau masuk ke negara ini semata-mata untuk tujuan ekonomi. Pada asalnya, mereka itu datang menggunakan dokumen sah. Namun, ada yang disebabkan kerana tamat tempoh atau ada yang dimusnahkan sama ada dilakukan berasas motif atau dimusnahkan oleh “pihak tertentu” di mana pada akhirnya mereka menjadi rakyat asing yang tidak berdokumen. Maka, dikategorikan sebagai PATI.
Memang diakui bahawa ada PATI menjadi penjenayah seperti peragut dan perompak kerana desakan hidup. Malah, ada yang menjadi pengedar dadah dan sekaligus menjadi penagih dadah serta sampah masyarakat. Tindakan mereka ini seperti juga tindakan beberapa golongan rakyat tempatan lain kerana desakan hidup atau mahu hidup mudah maka ada yang memilih sebagai penjenayah.
Manakala penyalahguna media sosial pula adalah terdiri daripada rakyat negara ini di mana hati mereka terlalu “hitam” dengan kebusukan sehingga tidak dapat membezakan lagi yang mana cerita palsu atau bohong. Kemudian ada lagi golongan lain yang mengkhususkan tindakan mereka kepada penyebaran cerita palsu dan bohong semata-mata untuk tujuan politik seperti mana tindakan “Red Bean Army” cybertrooper parti DAP. Selain itu, tindakan beberapa portal yang khas bagi menabur fitnah dan bohong seperti Sarawak Reports, Malaysiakini, The Malaysian Insider dan Free Malaysia Today di mana laporan portal-portal itu suka memutarbelitkan sesuatu isu yang mereka tulis dengan memasukkan elemen-elemen pembangkit emosi seolah-olah terdapatnya satu tindakan tidak betul yang selalunya merujuk kepada pemimpin kerajaan Barisan Nasional.
Sebagai contoh, bagaimana portal-portal itu memutarbelit dan menulis bercorak negatif yang berkaitan harga seikat kangkung yang dikaitkan dengan ucapan Dato' Seri Najib Razak. Harga ayam pula dikaitkan dengan Dato' Sri Hassan Malek. Bangun pagi jika tidak mahu bayar tol yang dikaitkan dengan Dato' Abdul Rahman Dahlan serta putar belit berkaitan harga barang dan GST yang dikaitkan dengan Datuk Ahmad Maslan.
Sebagai contoh, bagaimana portal-portal itu memutarbelit dan menulis bercorak negatif yang berkaitan harga seikat kangkung yang dikaitkan dengan ucapan Dato' Seri Najib Razak. Harga ayam pula dikaitkan dengan Dato' Sri Hassan Malek. Bangun pagi jika tidak mahu bayar tol yang dikaitkan dengan Dato' Abdul Rahman Dahlan serta putar belit berkaitan harga barang dan GST yang dikaitkan dengan Datuk Ahmad Maslan.
Akibat tindakan mereka itu, maka masyarakat turut dinafikan mendapat maklumat betul sehingga mereka keliru mana satu cerita betul dan benar. Oleh kerana telah lama mereka ini telah mewar-warkan bahawa media arus perdana merupakan media yang membawa propaganda kerajaan dan apa-apa cerita atau berita yang ditulis atau dilaporkan atau disiarkan merupakan sandiwara kerajaan. Maka, masyarakat yang terhasut itu akan terus mendapat maklumat daripada portal-portal yang digerakkan oleh mereka yang bersifat anti kerajaan. Jika demikian berlaku, maka selamanya mereka tidak mendapat cerita betul dan benar. Ibaratnya kerana ketaksuban mereka itu maka seperti sekeping wang RM100 juga dianggapnya wang palsu. Untuk mengelak ketaksuban kepada cerita putar belit dan palsu serta bohong tersebut, maka inilah yang dicegah melalui pengumbalan rang undang-undang baru berkaitan dengan penyalahgunaan media sosial.
Penyalahgunaan media sosial bukan sahaja akan membuang masa dan kewangan kerajaan akan tetapi ianya juga boleh membawa kemudaratan kepada masyarakat kerana mereka selamanya terkeliru terhadap berita-berita yang mana satukah cerita benar dan betul. Selain itu, tujuan undang-undang dilaksanakan adalah juga untuk mengelak agar negara tidak dilabel sebagai negara pusat maklumat palsu kelak.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak yang merupakan penggiat media sosial yang sangat aktif sejak wujudnya internet di negara ini tahu benar apa yang diperlukan oleh negara. Beliau menyatakan bahawa media sosial yang sepatutnya digunakan untuk kebaikan. Oleh sebab itu, bagi melindungi masyarkat yang “bersih” daripada pengotor yakni penyalahguna media sosial, maka ianya perlu dibendung sebelum keadaan menjadi parah.
0 comments:
Post a Comment