Latest News

Saturday 9 January 2016

Apa Kaitan Kebakaran IPK Kota Kinabalu Dengan Orang Yang Datang Ke Balai

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Tahun Baru...Rencana BARUUU...... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

LAZIMNYA, jika rakyat masuk balai polis akan ada tiga (3) perkara sahaja yang akan dilakukan iaitu membuat laporan, ditahan oleh pihak polis dan diminta hadir datang ke balai bagi siasatan susulan. Apa kaitan dengan kebakaran IPK di Kepayan terhadap orang yang datang ke Balai? Doris Jones memang benar-benar kurang siuman!

Jabatan yang merekodkan berkaitan data penduduk adalah Jabatan Pendaftaran Negara dan bukannya polis. Data pada polis hanya mereka yang pernah menjadi penjenayah. Manakala data berkaitan dengan kesalahan lain seperti trafik bukannya disimpan di IPK. Sebaliknya, di bahagian trafik PDRM dan tersimpan dalam data komputer yang dikawal di Bukit Aman.

Memang melalui kebakaran bilik fail IPK Kota Kinabalu, ada fail yang musnah. Namun, sejak pusat data menggunakan aplikasi komputer, semua data telah disimpan dalam simpanan komputer. Dan jika berlaku kebakaran fail, maka maklumat tidak terjejas. Doris Jones menyangka zaman ini adalah masih zaman batu yang menggunakan cara manual? Doris Jones terlupa bahawa zaman ini telah menjangkau era teknologi maklumat dan digital.

Jangan bimbang bahawa data berkaitan Doris Jones masih tersimpan kemas sebaik sahaja pelarian itu menginjak kakinya di tanah Malaysia yang mana di mana sahaja dia akan ditangkap. Doris Jones fikir PDRM merupakan agensi yang tidak canggih dan up-to-date sehingga berlaku musibah seperti kebakaran, maka data terus boleh hilang semua? Oh! Sayang tidak! Kerana Doris Jones dan PDRM bagaikan jerat dan jerat senantiasa ingat pada penjenayah.

Kebakaran boleh sahaja berlaku apakah disengajakan atau kerana litar pintas elektrik. Akan tetapi, kebiasaannya bagi kes seumpama ini litar pintas merupakan penyebabnya. Biasanya, agensi seperti PDRM setiap fail yang disimpan dalam bilik fail sudah dikemaskini melalui data komputer dan dibuat salinan untuk mengelak kehilangan data sama ada melalui kebakaran atau kerosakan dan sebagainya.

Kebakaran di Ibu Pejabat PDRM Kontijen (Kepayan) Kota Kinabalu masih disiasat sama ada apakah punca kebakaran itu. Masih terlalu awal membuat kesimpulan apakah penyebab kebakaran tersebut. Namun, berkaitan data yang tersimpan dalam fail polis itu, jangan bimbang kerana ianya masih 'safe and sound'. Lagipun, secara kebiasananya apabila sesuatu maklumat disimpan dalam fail, maka ianya merupakan maklumat lama yang telah ditutup atau telah selesai. Ini juga tidak berkaitan dengan kes-kes segar atau kes yang sedang dalam perbicaraan atau kes-kes yang sedang disiasat seperti serangan Kampung Tanduo dan seumpamanya

Bagi kes Doris Jones pula, jangan bimbang srikandi kerana ianya belum dimasukkan di bilik fail dan ianya kes yang masih terbuka.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook