Latest News

Friday 8 January 2016

Bilik Fail IPK Kota Kinabalu Terbakar

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Selesai segala rekod Tanduo.... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

SEBENARNYA, tiada siapa yang boleh menjawab atau berspekulasi berkaitan dengan kes kebakaran di bilik fail Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Kotinjen Kota Kinabalu kerana pihak berkuasa sedang menyiasat berkaitan kebakaran itu. Demikian juga tiada siapa yang boleh berspekulasi berkaitan mana satukah fail-fail yang terbakar? Data apa yang terlibat bahkan spekulasi berkaitan dengan maklumat serangan pengganas Sulu ke atas Kampung Tanduo, Lahad Datu yang lalu

Maklumat berkaitan dengan serangan pengganas Sulu ke atas Kampung Tanduo sebenarnya adalah fail yang dikategorikan fail bergerak dan biasanya tidak disimpan dalam bilik fail sebaliknya dipegang oleh para pegawai yang terlibat ekoran kes itu masih sedang berjalan di mahkamah.

Dakwaan pemilik facebook dengan menggunakan nama Nim Yorza perlu disiasat oleh PDRM kerana membuat dakwaan fitnah kepada pihak polis. Diharapkan ada pihak yang membuat laporan polis berkenaan dengan pemilik facebook  tersebut kerana dakwaannya cukup serius.

Di Mahkamah telah dijelaskan kesaksian pegawai polis yang telah bersara itu tidak diterima pakai oleh mahkamah kerana tidak hadir sebagai saksi. Sebenarnya, hal itu tiada lagi bersangkut paut dengan perbicaraan pengganas Sulu kerana pihak mahkamah telah menutup perbicaraan sebaliknya hanya menunggu keputusan hakim.

Apabila mahkamah telah memutuskan bahawa semua perbicaraan telah berakhir, maka tidak timbul lagi masalah saksi dan kesaksian bekas polis itu tidak diperlukan lagi.

Perbicaraan berkaitan pengganas Sulu sebenarnya tidak akan cacat walaupun tidak berjaya menghadirkan bekas pegawai polis itu berikutan dia bukanlah saksi utama. Penglibatan bekas pegawai polis itu hanya berkaitan dengan rundingan serah diri bagi pengganas Sulu dan bukannya berkaitan dengan serangan pengganas.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook