Latest News

Friday 22 January 2016

BLOG suarakamibaru.blogspot.my: Contoh Penyalahguna Media Sosial!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Tutup saja rangkaian internet di Malaysia... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)
(ii) KAMI AKAN SEKAT LANGKAH ANDA DI PRU-14... Oleh FB Edward Stephen  Edward Stephen (screenshot)
(iii) Pemimpin kerbau... Oleh FB Dusun Ausie (screenshot)

PENULIS blog ini bertindak sebagai penulis psikologi songsang kerana berlagak seperti penyokong Barisan Nasional! Akan tetapi lebih memfokuskan kepada tindakan-tindakan menteri atau pemimpin Barisan Nasional.

Tulisan blog ini bercorak putar belit. Sebagai contoh, tajuk yang diambil “Hak Rakyat Bersuara Di Media Sosial Akan Di Sekat” yang memfokuskan kepada menterinya sambil menggambarkan bahawa menteri bertindak diluar kuasa. Sedangkan, kerajaan melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia tidak bermaksud demikian. Sebenarnya, bukan hak sesiapa dalam hubungan kemanusian untuk menabur fitnah atau pembohongan berkaitan individu lain. Dalam undang-undang mana atau kepercayaan agama mana pun menyatakan bahawa seseorang manusia itu mempunyai hak memfitnah seseorang manusia lain?

Kerajaan yang dipilih rakyat perlu melindugi rakyat dengan cerita-cerita palsu dan songsang serta maklumat palsu. Sebagai misalnya, tulisan blog yang disebutkan merupakan tulisan yang bermaklumat palsu sehingga ianya menjadi rujukan dan kesukaan pembangkang seperti pemilik facebook tersebut.

Membawa tajuk yang cukup sensasi seperti tajuk yang dibuat oleh penulis blog itu merupakan perkara lain. Manakala ceritanya juga merupakan perkara lain.  Melihat sahaja tajuk maka tergerak dihati pembaca bahawa kerajaan cuba menyekat hak bersuara dan membaca tulisan yang mendakwa bahawa menteri atau pemimpin menyalahgunakan kepercayaan rakyat. Sedangkan, kerajaan bertindak agar masyarakat tidak dinafikan dengan cerita-cerita betul dan benar. Bayangkan membiarkan cerita seperti tulisan blog ini yang merupakan cerita palsu dan bohong sebagaimana memberi impak yang cukup negatif kepada kerajaan.

Kenapa artikel tersebut cerita palsu? Sebabnya, Datuk Seri Salleh Said Keruak atau mana-mana pihak tidak pernah membuat kenyataan seperti mana yang ditulis! Cukup saja penjelasan tegas ini dibuat!

Melalui rang undang-undang baharu kelak, penulis blog ini perlu dipertanggungjawabkan terhadap perbuatannya kerana menyebar cerita bercanggah dengan kebenaran. Malaysia tidak memerlukan individu seperti ini kerana hak mereka bersuara disalahgunakan untuk mengelirukan orang lain.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook