Latest News

Thursday 14 January 2016

CADANGAN Projek SK. Langon, Kota Marudu

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Projek hiasan... oleh FB Doris Jones (screenshot)

APABILA ada kontraktor yang mengemukakan permohonan sesesuatu projek kepada kerajaan, maka untuk tindakan “provokasi” atau “paksaan” kepada kerajaan, biasanya mereka menaikkan papan tanda sesebuah projek. Melalui tindakan itu, mereka dapat berurusan dengan pihak kerajaan agar permohonan mereka untuk projek yang mereka cadangkan mendapat peruntukan dengan segera.

Cara demikian ada juga yang berjaya jika cadangan mereka itu sesuai dengan pelan perancangan pembangunan bagi sesuatu daerah dan kebetulan peruntukan untuk tujuan itu telah tersedia. Namun, apabila cadangan kontraktor dan syarikat berkenaan tidak mendapat kelulusan atau tidak mendapat peruntukan, maka mereka tidak menurunkan papan tanda yang telah dipasang. Apabila ada individu atau rakan-rakan individu seperti Doris Jones melihat papan tanda itu, maka timbullah niat jahat mereka dengan memberikan berbagai komen berkaitan dengan papan tanda itu. Sedangkan, mereka tidak tahu keadaan sebenar berkaitan cadangan projek itu.

Mudah sangat membuat dakwaan apabila seseorang atau kumpulan orang yang tidak tahu keadaan sebenar apatah lagi jika kumpulan itu memang sudah merancang untuk melakukan dakwaan negatif. Maka, apabila melihat papan tanda cadangan seperti di Kota Marudu itu mereka bagaikan mengantuk disurungkan bantal.

Oleh kerana para individu yang juga termasuk dalam kumpulan Doris Jones hanya mencari-cari benda negatif serta cerita-cerita palsu, maka papan tanda seumpama ini muncul mereka jadikan senjata propaganda dan menghasut serta melakukan dakwaan negatif terhadap kerajaan termasuk unsur rasuah.

Cuba fikir bagaimana kontraktor dan syarikat boleh membuat tuntutan kepada sesuatu projek yang tidak diluluskan dan tiada peruntukan untuk projek itu. Fikir-fikirkanlah bagaimana busuk hatinya kumpulan Doris Jones ini! Sungguh keji!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook