Latest News

Tuesday 5 January 2016

CERITA LAPUK: Jabatan Pendidikan Sabah Nafi Asrama Guna Tilam Buruk?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Betul bah tu gambar lama diambil sebelum... Oleh FB Dusun Ausie (screenshot)
(ii) Wayang kulit style MALAYA... Oleh FB Solidarity 4 Sabah (screenshot)
(iii)  Tiada tanggungjawab yg berwajib... Oleh FB Juin Molondoi (screenshot)
(iv) Sangat menyayat hati melihat keadaan fasiliti... Oleh FB Tulun Sabah (screenshot)

SEBENARNYA, keperluan sesebuah asrama dalam sebuah sekolah itu diberikan secara percuma oleh kerajaan melalui Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPN Sabah). Kemudahan itu termasuklah katil bertingkat, tilam, bantal dan almari. Dalam unjuran jabatan, perkakas itu boleh bertahan lama sekurang-kurangnya untuk 7 hingga 10 tahun. Namun, ada juga perkakas itu rosak binasa disebabkan oleh tindakan vandalisme para pelajar sendiri. Oleh sebab itu, bagi mereka yang biasa mendaftarkan anak mereka ke asrama, ada peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah sebelum pendaftaran masuk. Dalam perjanjian tersebut, sekiranya pelajar merosakkan harta benda asrama, maka perlu didenda dengan sejumlah 'token' untuk tujuan penggantian.

Dalam kes tilam lusuh sebenarnya ada pelajar yang menggunakan tilam tersebut tetapi tidak memasangkan cadarnya sehingga lapis tilam kelihatan kotor. Seharusnya, kalau mengikut peraturan asrama setiap pelajar yang diterima masuk ke asrama perlu membawa cadar dan sarung bantal sendiri. Ini bertujuan semata-mata untuk mengelak tilam dan bantal menjadi kotor serta  kelihatan lusuh.

Istilah lusuh adalah relatif maknanya kerana lusuh bermaksud kelihatan kotor. Itu bukannya disebabkan tilam itu tidak empuk lagi. Cuba ambil contoh tilam di rumah kita sendiri. Setelah menggunakan dalam tempoh yang agak lama, ia akan kelihatan lusuh jika tidak menggunakan cadar. Akan tetapi, jika cadar digunakan pada sesebuah tilam, ianya masih elok dan boleh diguna pakai bermula anak dilahirkan sehinggalah dewasa melainkan tilam itu berbau hancing kerana dipenuhi air kencing yang sewajibnya perlu dibuang demi kesihatan.

Bagi mereka yang memviralkan isu berkaitan tilam lusuh pada sesebuah asrama dan mengaitkannya dengan tanggungjawab sebuah jabatan yang berkaitan, sebenarnya mereka tidak menggunakan akal fikiran sebaik-baiknya sehingga mereka beranggapan bahawa tilam bagi sesebuah asrama merupakan pakaian pakai buang seperti tuala wanita.

Mereka yang anti pemerintahan hanya tahu bercakap sehingga benda-benda seperti tilam juga menjadi bahan cerita mereka. Sebabnya, mereka-mereka itu langsung tiada idea untuk ditunjukkan kepada manusia atau rakyat. Mereka juga seolah-olah tidak menggunakan akal untuk memberi komen atau kenyataan tetapi hanya mengikut pandangan mata sahaja. Ini seperti perlakuan seekor mahkluk yang tidak diberikan otak dan akal fikiran!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook