Latest News

Monday 4 January 2016

Dakwaan Nakal: Dalam Kegelapan Mencari Kebenaran SSKM

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Dalam gelap rakyat kampung mencari kebenaran... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

DI SABAH, masalah utama penyediaan kemudahan asas seperti bekalan elektrik, air dan jalan raya kerana salah satunya faktor penempatan penduduk yang tidak berkelompok yakni 'jarang-jarang'. Malah, dalam satu-satu penempatan hanya terdapat dua hingga tiga buah keluarga sahaja. Selain itu, kedudukan di antara kampung dengan kampung yang lain adalah sangat berjauhan. Bahkan, jana kuasa serta loji air juga sangat berjauhan dengan perkampungan-perkampungan tersebut.


Bagi penyedia bekalan asas telah kerap mendapati bahawa tiada nilai ekonomi langsung jika dibina kemudahan-kemudahan tersebut. Demikian juga kerajaan terpaksa membina dengan subsidi yang cukup tinggi. Oleh sebab itu, bekalan kemudahan asas di Sabah tidak sempurna berbanding negeri-negeri di Semenanjung ekoran kos yang dibelanjakan bagi melaksanakan kemudahan-kemudahan asas itu, tidak membawa pulangan seperti yang diinginkan.


Penyambungan elektrik perlu menggunakan kabel yang panjang dan jumlah tiang yang banyak. Jika di kawasan yang padat penduduk (kawasan bandar), dalam sekitar keluasan 1 km sekurang-kurangnya ada seribu penduduk. Manakala di pedalaman, panjang mencecah berpuluh kilometer kabel elektrik yang hanya perlu disediakan untuk 10 hingga 20 orang sahaja. Doris Jones, jangan bandingkan dengan London yang padat penduduk atau kawasan-kawasaan yang tidak padat penduduk. Sila cari sekiranya ada kawasan padat penduduk di Sabah tiada bekalan elektrik? Atau tiada bekalan air? Fikir-fikirkan!


Kadangkala timbul persoalan, mengapakah adanya penduduk gemar tinggal di kawasan yang terpencil? Dan pada masa yang sama di kawasan itu tiada kegiatan ekonomi? Mereka hanya bergantung kepada hasil ternakan dan pertanian yang hanya untuk keperluan sendiri mahupun keluarga. Oleh kerana pembangkang tiada isu, maka turut mempolitikkan keadaan ini tanpa menghuraikan sebab musabab mengapa kawasan itu tidak dapat disediakan kemudahan asasnya. Benar, bukan?


Kemudahan asas bukan percuma ianya memerlukan perbelanjaan yang bukan sahaja menelan ratusan ribu malahan jutaan ringgit. Selain itu, ianya memerlukan kejuruteraan yang mempunyai piawaian yang cukup tinggi dan terbaik agar selamat digunakan dan tidak membahayakan kepenggunaan di belakang hari. Kemudahan elektrik juga bukan percuma dan ianya memerlukan kos yang tinggi. Kemudahan asas perlu memenuhi kos berimbang kerana jika tidakpun tercapai, sekurang-kurangnya 80 peratus harus dicapai. Ini bagi keselarasan bajet dan kewangan negara yang senantiasa perlu dijana semula bagi pembinaan insfrastruktur yang akan datang.


Kawasan di Sabah yang belum mempunyai kemudahan asas bukan sahaja di Kota Marudu, malah di kawasan-kawasan lain yang kurang penduduk seperti di Kinabatangan, Beluran dan kawasan pedalaman yang lain. Masalah yang didepani bagi penyediaan kemudahan asas adalah jarak dan jumlah pengguna/penduduk yang sangat sedikit.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook