Latest News

Thursday 7 January 2016

DARAH KETURUNAN AMAN KHAN?: Pautan Telah Dipadam! Ertinya, Itu Cerita Bohong!!!

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) DARAH KETURUNAN AMAN KHAN... Oleh FB Edward Stephen Edward Stephen (screenshot)

SUDAH menjadi lumrah apabila sesuatu cerita dipadam, maka cerita itu sebenarnya bohong dan fitnah semata-mata! Pautan di sini: http://gossip.ungkul.com/2015/08/Pakistan-tawar-bayaran-seks-untuk-langsai-hutang-di-sipitang.html. Dengan sebab itu, sumber yang menjadi pautan kepada Edward Stephen tidak dapat dilayari lagi kerana telah dipadam. Namun, pemilik facebook itu tetap sahaja memviralkan cerita bohong tanpa had masa.

Di Sabah atau negara ini, tiada yang terlepas dari segi undang-undang kerana rakyat tidak boleh menghukum sendiri kecuali hanya mahkamah sahaja yang berkuasa. 

Cerita berkaitan warga Pakistan penjual kain yang kononnya dibelasah penduduk Sipitang tidak pernah dilaporkan di mana-mana akhbar tempatan di Sabah atau sebarang laporan polis mengenainya melainkan gambar dua (2) rakyat Pakistan itu hanya berlegar-legar di media sosial sahaja. Berdarah muka mereka itu sebenarnya terlibat dalam satu kemalangan jalan raya dan tiada kaitan dengan cerita pemilik facebook tersebut. 

Jika benarlah ada suri rumah dan peniaga Pakistan terlibat dalam hubungan seks yang kononnya untuk melangsaikan hutang sebagai pelan alternatif seperti mana dakwaan pemilik facebook itu, cuba tanya diri sendiri apakah yang anda boleh lakukan? Memang ada undang-undang jika didapati bersalah akan tetapi jika dilakukan atas dasar suka sama suka dan rahsia antara mereka berdua sahaja apa yang anda boleh lakukan? Bolehkah pemilik facebook itu melarang? Sama seperti mereka yang memperdagangkan tubuh mereka sendiri kerana wang di kota raya dan persoalannya tetap sama apa yang anda boleh lakukan? 

*Walaubagaimanapun, melalui tulisan artikel ini AFS sekeras-kerasnya mengutuk perbuatan yang tidak bermoral ini yang sangat bertentangan dengan agama dan soal kepercayaan masing-masing, bangsa dan budaya serta tiada niat bagi maksud tujuan yang lain!

Hubungan sumbang bukan terhad kepada bangsa akan tetapi kepada semua bangsa. Oleh kerana mereka yang terlibat itu adalah mereka yang tidak mempunyai pegangan agama yang kuat, juga akan turut berdepan dengan masalah moral dan masyarakat.

Perbuatan berkaitan dengan moral itu tiada sesiapa yang boleh mencegah termasuk undang-undang kerana dilakukan secara sembunyi-sembunyi.  

Oleh itu, kepada saudara Edward Stephen, sila cuba tunjukkan kaedah yang terbaik untuk membendung gejala moral tersebut.

  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook