Latest News

Monday 4 January 2016

Datuk Abdul Rahim Bakri PALING SENANG HATI!!!

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Bah.. Pegawai Pembangunan Negeri... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

MEWAR-WARKAN jalan Kampung Narandang dan Kanibongan, Pitas, bukan sahaja menjadi pendorong kepada wakil rakyat kawasan itu, Datuk Abdul Rahim Bakri untuk terus meminta peruntukan daripada kerajaan. Malah, ianya faktor untuk memohon agar keutamaan diberikan untuk menaik taraf jalan tersebut.

Jalan tersebut pada mulanya tidak termasuk kategori sebagai jalan protokol tetapi sebagai jalan perhubungan sahaja. Jalan perhubungan hanya mendapat peruntukan melalui 'peruntukan khas' melalui atas permintaan/permohonan.

Wakil rakyat kawasan itu memang dari tahun 2004 lagi telah memohon agar untuk menaik taraf jalan tersebut. Apabila dilihat daripada segi pelan jalan itu, maka ianya termasuk dalam laluan Projek Lebuhraya Pan Borneo yang meliputi keseluruhan jalan kawasan negeri Sabah. Oleh sebab itu, peruntukan khas dialihkan ke dalam Projek Lebuhraya Pan Borneo di mana keseluruhan jalan yang meliputi Sabah dan Sarawak akan siap menjelang tahun 2025.

Rakyat boleh sahaja mendesak agar supaya jalan perhubungan tersebut cepat dinaik taraf akan tetapi kerajaan mempunyai perancangan akan bila sesuatu projek itu dapat dilaksanakan. Berkaitan dengan jalan itu hanya masa yang menentukan dan apa yang pasti, jalan tersebut akan dinaik taraf seperti mana-mana jalan-jalan lain di Sabah.

Kerajaan sangat memahami sesuatu wilayah akan berkembang maju jika sistem perhubungan itu baik dan telah tersedia. Selain itu, kerajaan mengharapkan pada setiap pembinaan infrastruktur seperti jalan raya mampu memberikan limpahan ekonomi sebagai wadah untuk peningkatan pendapatan rakyat dan juga untuk merancakkan ekonomi negeri.

Dari segi soal impak ekonomi, Kampung Narandang/Kanibongan, Pitas sehingga ke hari ini masih belum terdapatnya potensi perekonomian di kawasan itu. Namun, setelah projek udang terbesar di Pitas beroperasi sepenuhnya kelak, maka diharapkan dapat menyumbangkan kepada perekonomian kawasan tersebut sehingga dua (2) kampung itu juga mendapat tempiasnya.

Menunggu pembangunan memang membosankan sehingga rakyat yang tidak sabar membuat berbagai dakwaan terhadap kerajaan. Mereka ini tidak mengetahui bahawa sebarang penggunaan wang kerajaan untuk membina berbagai infrastrukur perlu membawa pulangan semula yang bukan sahaja kepada rakyat juga kepada negeri. Ini kerana pembangunan tidak pernah berhenti! Jika ada jalan raya, maka perlu diselenggaraan dan penyelenggaran itu perlu ada kewangan. Jika jalan raya yang dibina itu tidak membawa sebarang sumbangan kewangan, maka akhirnya jalan itu akan rosak ekoran tidak dapat diselenggarakan. Inilah faktor yang tidak diketahui oleh pendesak agar jalan tersebut cepat-cepat dinaik taraf.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook