Latest News

Friday 15 January 2016

Dia buat lagi!! Ini Kali ISU SK Kg. Simunul, Semporna

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) SK Simunul Semporna yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Najib... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

SEJAK bila pula Doris Jones menjadi jurucakap SK Kampung Simunul? Sehingga menghubungkan kerosakan perkakas sekolah itu dengan perasmian yang pernah dilakukan oleh Dato' Seri Najib Razak.

Tahukah Doris Jones bahawa meja dan kerusi pada sesebuah sekolah memang telah lengkap sebelum sekolah itu dirasmikan!

Kalau daripada sekian banyak kerusi dan meja satu dua yang senget atau paku longgar, takkan pihak ibu bapa dan  guru (melalui PIBG) tidak boleh memperbetulkannya?

Biasanya, meja dan kerusi sekolah diperbuat daripada kayu yang tahan lama kerana telah mengambil kira cara penggunaan pelajar. Memang berlaku kerosakan pada kerusi dan juga meja apabila telah tiba masanya

Apa tujuan Doris Jones menimbulkan orang yang merasmikan sekolah itu dengan kerana rosaknya meja dan kerusi sekolah tersebut? Disebabkan oleh kenakalan dan karenah pelajar ekoran kerusi tidak dijaga dengan baik kerana ianya diperlakukan bukan sebagai kerusi. Ya! Mungkin saja. Sebagai contoh, jika semasa membersihkan bilik darjah akan disusun kerusi dan meja namun saja telah diheret atau dicampak dengan kasar sehingga menyebabkan paku longgar atau patah.

Apa yang tidak diketahui oleh Doris Jones bahawa Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah atau Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempunyai garis panduan berkaitan dengan perkakas sekolah. Jika didapati bahawa dalam unjuran masa yang telah ditentukan bagi perkakas sekolah seperti meja dan kerusi didapati rosak lebih awal, maka sekolah perlu membuat laporan kepada pejabat pendidikan dengan menjelaskan mengapa dan kenapa perkakas itu mengalami kerosakan lebih cepat berbanding unjuran jangka hayat perkakas tersebut. Jika alasan yang diberikan sekolah diterima oleh jabatan, maka satu peruntukan akan dirangka bagi proses penggantian. Lazimnya, bagi mendapatkan peruntukan maka sesuatu permohonan itu perlu disenaraikan melalui bajet tahunan. Jika perkakas itu rosak contohnya pada bulan Januari, maka penggantiannya akan diperolehi pada bulan Januari tahun berikutnya. Namun, jika kerosakan berlaku selepas bulan Jun, maka penggantiannya akan diperolehi dalam jangka masa 2 tahun berikutan kerana tidak sempat disenaraikan melalui bajet yang dikemaskini setiap bulan Jun dan Julai.

Memang keperluan perkakas sekolah seperti meja dan kerusi merupakan perkara asas yang mesti ada pada setiap sekolah untuk pelajar dan pendidik. Namun, peraturan adalah tetap peraturan kecuali keperluan itu sangat mendesak di mana hampir 50 peratus perkakas itu telah rosak. Maka, peruntukan kecemasan akan diluncurkan. Jika kerosakan hanya membabitkan satu atau dua buah kerusi atau meja sahaja adalah tindakan bijak jika ianya boleh dibaiki oleh pihak sekolah atau ibu bapa (PIBG) sahaja.

Doris Jones sebagai orang yang tidak ada pengalaman mengurus sekolah maka janganlah tunjukkan dakwan bodohnya itu di media sosial. Hal ini kerana mereka yang terlibat dengan pentadbiran atau pengurusan sekolah adalah lebih maklum dan tahu apa yang perlu dilakukan.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook