Latest News

Tuesday 5 January 2016

Doris!!! Doris!!! Menyamakan Pitas Dengan Kuala Lumpur!!!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i)  Discrimination of Malaysia... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

JONES ialah seorang manusia yang sangat hipokrit, tidak jujur, tidak adil dan tidak berintegriti. Mengapa dikatakan sedemikian? Sebabnya, bagaimana dia boleh membandingkan antara status 'Ibu Negara' dengan sebuah daerah? Caranya adalah sama dengan membandingkan New York dengan kepulauan Guam atau antara Jakarta dengan Tarakan mahupun di antara Beijing dengan Tianjin. Ianya seperti bukan sahaja membandingkan sebuah epal dan nenas, malahan ia merupakan perbandingan yang sangat jauh tidak sesuai. Tujuan utama Doris itu agar mereka yang berada di bawah tempurung akan terpengaruh untuk membenci kerajaan.

Lihat bagaimana penyokong Doris Jones terpengaruh yang mana boleh dilihat melalui komen-komen mereka pada posting tersebut. Kata salah seorang pemberi komen adalah berbunyi 'UMNO Out, UMNO Out'. Tetapi sedarkah pemberi komen itu bahawa yang memajukan Kuala Lumpur adalah UMNO! Ini kerana UMNO telah bertapak di Semenanjung sejak tahun 1946 lagi. Jika bukan UMNO yang mula masuk ke Sabah tahun 1991 yang lalu, Sabah mungkin saja kekal dengan status negeri termiskin di Malaysia dan jika bukan disebabkan para pemimpin UMNO kemungkinan besar Sabah telah menjadi muflis!

Pitas adalah sebuah daerah yang diwakili parti PBS sejak tahun 1985 dan  hanya tahun 1994 dimenangi oleh UMNO. Jika dilihat bagaimana kawasan itu dibangunkan, 9 tahun sebelum 1994 dan 9 tahun selepasnya boleh diibaratkan langit dan bumi jauh perbezaanya.  Pitas merupakan daerah termiskin di Sabah suatu ketika dahulu. Ianya disebabkan daerah itu tiada sebarang aktiviti perekonomian di mana penduduknya hanya bergantung kepada pertanian pindah-randah dan hasil sungai atau laut untuk memenuhi kehidupan seharian.

Wahai Doris! Logikkah membangunkan landasan kereta api terpantas di dunia di daerah Pitas? Jika ianya dibina juga adakah ia mempunyai jumlah penumpang global? Atau ada barang yang boleh diangkut menggunakan kereta api laju itu? Untuk pengetahun penyokong Doris, perkhidmatan kereta api laju belum wujud lagi di Semenanjung. Cuma yang ada adalah rangkaian kereta api yang menghubungkan Singapura, tanah besar di Perlis dan Gua Musang di Kelantan. Untuk pengetahuan para penyokong Doris juga, penduduk di Semenanjung melebihi 23 juta orang dan di Pantai Barat Semenanjung sahaja melebih 15 juta orang. Jumlah itu merupakan potensi pengguna kereta api laju atau penggunaan lebuh raya. Juga, sebahagian besar aktiviti ekonomi negara terletak di kawasan pantai Barat Semenanjung yang tersebar dari negeri Johor hingga ke Utara dan tertumpu di Lembah Klang. Sementara daerah Pitas secara keseluruhan hanya berpenduduk 60ribu orang tanpa kegiatan ekonomi yang memerlukan pengangkutan laju untuk tujuan eksport atau tujuan bekalan ke kawasan lain di Sabah atau mana-mana kawasan lain.

Perbandingan Doris Jones adalah sama dengan membandingkan infrastruktur yang ada di New York dengan kepulauan Guam yang mana kedua-duanya adalah merupakan wilayah Amerika. Maka, kalaulah demikian kerajaan Amerika juga pilih kasih! Benar, bukan? Maka, renung-renungkanlah!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook