Latest News

Monday 11 January 2016

DORIS SEBENARNYA Tidak Tahu Sejarah Penubuhan Parti BERJAYA

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Kuasa menolak Parti Malaya ada di tangan anda... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

PARTI BERJAYA yang ditubuhkan oleh para pemimpin USNO pada tahun 1975 itu merupakan satu parti yang mendapat sokongan daripada para pemimpin Semenanjung khususnya perdana menteri kedua negara, Tun Abdul Razak Hussien. Tujuan penubuhan Parti BERJAYA ialah untuk mengalahkan Parti USNO pimpinan Tun Datu Haji Mustapha Datu Harun yang sukar dikawal oleh para pemimpin Semenanjung.

Selepas Parti BERJAYA membentuk kerajaan negeri pada tahun 1976 hingga 1985, maka Parti Bersatu Sabah (PBS) pula mengambil alih kerajaan bermula tahun 1985 hingga 1994. Sewaktu pemerintahan PBS, maka berlakulah polarlisasi kaum dan agama yang amat dahsyat sehingga rakyat yang beragama Islam terpaksa membubarkan USNO dan menjemput UMNO sebagai kapal besar untuk ditumpangi bagi membela martabat bumiputera terutamanya yang beragama Islam di Sabah.

Melalui kerajaan yang ditunjangi UMNO, sifat polarisasi kaum dan agama diketepikan kerana memerintah tanpa mengira latar belakang kaum. Oleh sebab itu, sejak tahun 1994 sehingga kini kerajaan negeri yang ditunjangi UMNO masih kekal terus mendapat kepercayaan rakyat untuk memerintah negeri.

Rakyat Sabah sudah melalui berbagai bentuk pemerintahan dan kerap bertukar-tukar sehingga negeri Di Bawah Bayu itu menjadi negeri termiskin satu ketika dahulu ekoran para pemimpin tidak dapat menumpukan kepada pembangunan negeri di mana hanya masa dan tenaga dihabiskan untuk berpolitik sahaja.

Cara Doris Jones menghasut rakyat Sabah hampir sama dengan cara sesetengah pemimpin PBS pada tahun 80-an yang akhirnya ditolak rakyat. Doris tidak akan berjaya menghasut majoriti rakyat walauapapun caranya kerana rakyat Sabah sudah matang dalam arena politik. Mereka yang kononnya pengikut Doris Jones sebenarnya mereka yang senantiasa berfikiran sempit dan bukan berjuang untuk rakyat Sabah. Sebaliknya, hanya untuk kepentingan diri sendiri semata-mata seperti mana yang dilakukan oleh Doris Jones sendiri. Melalui tindakan menghasut itu, Doris Jones mendapat bayaran daripada penajanya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook