Latest News

Tuesday 26 January 2016

Doris Sebut Musa Supaya Ikut Tumpang Popular!!!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Saya bukan seperti Musa Aman atau sekutunya... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

OLEH kerana Doris Jones tiada apa-apa yang boleh dikemukakan kepada pencacainya dan sejak akhir-akhir ini kenampakan sangat kebodohannya, maka terpaksa menulis nama hashtag Datuk Seri Musa Aman agar menjadi perhatian orang lain.

Meskipun menyebut nama Datuk Seri Musa Aman dengan berbagai dakwaan bodoh dan menunjukkan bahawa pelarian yang menumpang hidup di negara orang itu telah ketandusan idea untuk diutarakan agar semata-mata mendapat “like” yang banyak untuk ditunjukkan kepada “paymaster” bagi menuntut bayaran.

Apa yang tidak disedari oleh pembaca facebook itu ialah semakin banyak “like” yang diperolehi oleh Doris melalui “posting” akan dibayar berasaskan persetujuan di antara penajanya. Oleh sebab itu, terlihat sangat bagaimana rajinnya Doris meng“update” dan “posting” kerana mengejar jumlah “like” agar supaya penaja utama percaya bahawa dia masih mempunyai penyokong.

Terlihat sangat mereka yang memberi komen pada setiap posting di wall Doris Jones merupakan daripada sumber yang sama iaitu pemilik akaun facebook palsu yang diklonkan sebanyak yang mungkin dengan menggunakan nama palsu. Akan tetapi sebenarnya hanya berpunca daripada seorang “admin” sahaja. Satu hari nanti, cara penipuan ini akan termansuh apabila Malaysia memperkenalkan undang-undang agar semua pemilik akaun facebook menggunakan nama sebenar seperti mana maklumat di kad pengenalan MyKad.

Kepada Doris Jones, semakin anda kerap menulis berbagai dakwaan terhadap Datuk Seri Musa Aman dan para penyokong Datuk Seri Musa Aman, semakin rakyat tidak akan percaya kerana rakyat tahu semua itu merupakan pembohongan. Mereka tahu apa yang berlaku kerana ramai pemimpin akar umbi hadir semasa sidang DUN Sabah di mana Datuk Seri Musa Aman melantangkan suara terhadap Dr. Jeffrey Kitingan yang tidak pandai faham langsung meskipun penjelasan-penjelasan berkaitan soalannya telah dilakukan berkali-kali.

Adalah satu tindakan itu apabila seseorang tidak faham-faham berkaitan sesuatu isu, maka adalah lebih afdal seseorang itu dipanggil untuk berdepan agar kemuskilan orang itu dapat dijawab atau diketahui apa tujuan sebenar seseorang itu. Maka, atas sebab itulah Datuk Seri Musa Aman menjemput Dr. Jeffrey Kitingan masuk ke pejabatnya agar penjelasan sejelas-jelasnya berkaitan dengan persoalannya dapat dijawab “once for all” berikutan tidak semua isu-isu boleh dijawab melalui lisan kerana isu-isu berkaitan data yang perlu dilihat atau dibaca sendiri oleh yang mempersoalkannya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook