Latest News

Saturday 9 January 2016

EMPANGAN KAIDUAN: Doris Senantiasa Menjadi Penghasut

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Akibat dari adanya DAM... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

KALAU bercakap soal sumber ikan atau habitat ikan, maka melalui pembinaan empangan (dam) berkaitan habitat ikan tidak akan terjejas atau terganggu. Malah, ianya akan terperlihara dan jumlah ikan akan bertambah kerana keluasan takungan air yang luas.  Ini terbukti melalui dam-dam yang lain di negara ini di mana ia bukan sahaja mengandungi berbagai jenis ikan malah menjadi tempat memancing yang menyeronokkan berikutan mempunyai jumlah ikan yang banyak. 

Dam merupakan projek serampang dua mata. Selain dijadikan sebagai sumber air, juga merupakan sumber penggerak tenaga elektrik. Di samping itu, ianya menjadi kawasan lubuk ikan. Kawasan Ulu Papar di mana bakal dibangunkan empangan itu sebenarnya kawasan tanah lapang. Sejak dahulu lagi, memang kawasan itu diperuntukkan untuk tadahan hujan bagi keperluan sumber air. Rakyat yang tinggal di kawasan itu sememangnya walaupun jauh daripada kawasan pembinaan, namun ada yang terpaksa dipindahkan terutama mereka yang mendiami kawasan rendah berikutan dikhuatiri kawasan mereka akan bakal tenggelam.

Empangan Kaiduan perlu dibina bagi menampung keperluan berjuta rakyat di kawasan Pantai Barat Sabah. Hal ini kerana jika tidak dibina, kawasan Pantai Barat Sabah akan berdepan krisis air yang sangat teruk menjelang tahun 2020 iaitu dalam tempoh 5 tahun lagi. 

Air merupakan keperluan asas penduduk. Apakah Doris Jones dan kawan-kawannya mahu penduduk Pantai Barat Sabah berdepan dengan krisis air? Jika demikian, maka Doris Jones adalah orang pertama yang menyalahkan kerajaan. Sebagai contoh lain, bantahan terhadap pembinaan empangan di Kota Belud sehingga kini masalah air merupakan masalah harian penduduk kawasan itu disebabkan gagalnya pembinaan empangan Tambatuon. Apakah Doris Jones dan kawan-kawannya ingin keadaan tersebut turut berlaku di Pantai Barat Sabah termasuk di seluruh kawasan Ibu Negeri Kota Kinabalu? Bagi Doris Jones, ianya bukanlah menjadi masalahnya kerana dia tinggal di UK dengan dana yang diberikan oleh 'paymaster'nya. Namun, bagi penduduk kawasan Pantai Barat sudah tentu akan menjadi bebanan dan tertekan apabila setiap hari mengalami ketiadaan sumber air. 

Contoh krisis air yang berlaku baru-baru ini apabila kejadian gempa bumi di Ranau pada Jun tahun lalu. Pada ketika itu, semua air botol hampir kesemuanya tidak lagi didapati pada seketika waktu di sekitar kawasan Sabah berikutan dihantar bekalannya ke Ranau secara besar-besaran. Bayangkan jika krisis air berlaku di kawasan Pantai Barat Sabah. Di mana pula sumber air yang akan dijadikan alternatif? 

Doris Jones, hanya mahu rakyat susah! Maka, atas sebab itulah senantiasa terus tegar menghasut penduduk agar menolak pembinaan empangan Kaiduan!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook