Latest News

Friday 8 January 2016

GUNUNG KINABALU Di Bawah Naungan Taman-Taman Sabah

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Apa suda jadi dengan Gunung Kinabalu... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

GUNUNG Kinabalu merupakan sebuah kawasan peranginan. Terima kasih kepada Tuhan kerana memberikan Sabah sebuah gunung menjadi kebanggaan rakyatnya yang juga menjadi tarikan utama pelancong. Kedatangan pelancong menjadi sumber pendapatan berbagai pihak termasuklah syarikat-syarikat pelancongan di Sabah.

Gunung Kinabalu adalah dibawa tadbir urus Taman-Taman Sabah dan selama-lamanya Gunung itu akan menjadi khazanah milik Sabah serta terus di bawah naungan Taman-Taman Sabah. Taman-Taman Sabah mempunyai kuasa mengurus Gunung itu termasuklah mengurus para pelancong yang datang. Gunung sebesar itu bukan sahaja memerlukan tenaga kerja yang ramai termasuk malim gunung sebaliknya infrastruktur lain seperti penginapan juga diambil kira.

Taman-Taman Sabah membuka peluang kepada berbagai pihak termasuk pemilik Sutera Harbour Resort untuk mengurus para pelanggan Hotel itu yang berniat untuk mendaki gunung. Tindakan itu bukan sahaja meningkatkan jumlah pendaki gunung, malah membuka peluang kepada pendapatan kepada Taman-Taman Sabah dan juga para malim gunung. Penglibatan Sutera Harbour Resort hanya terhad kepada para pelanggan hotel itu dan bukan bertindak sebagai pengurusan untuk keseluruhan para pendaki atau pelancong. Sebenarnya, bukan sahaja Sutera Harbour Resort diberikan lesen oleh Taman-Taman Sabah mengurus para pelancong akan tetapi banyak lagi syarikat-syarikat pelancongan tempatan yang lain mahupun syarikat luar. Taman-Taman Sabah sebenarnya sangat terbuka dalam memberi lesen bagi menguruskan sektor pelancongan selagi syarikat itu memenuhi persyaratan seperti yang digariskan. Maka, lesen sudah tentu akan diberikan.

Pemberian lesen kepada syarikat-syarikat bagi tujuan mengurus pendaki itu sebenarnya membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah termasuk juga lesen yang diberikan kepada Sutera Harbour Resort. Bagi pemilik facebook itu, cuba periksa siapakah para pekerja Sutera Harbour Resort? Memang perhotelan itu dimiliki oleh warga Singapura dan rakyat Singapura itu adalah merupakan pelabur tunggal bagi kompleks peranginan Sutera Harbour Resort di mana ia termasuklah lapangan padang golf, hotel lima bintang dan tempat marin yang bertaraf antarabangsa.  Status Sutera Harbour Resort yang bertaraf dunia sudah tentu mempunyai ramai pelancong yang berpotensi melakukan pendakian sepanjang tahun. Dengan demikian sudah tentu akan menjamin pendapatan Taman-Taman Sabah sepanjang tahun termasuklah pendapatan para malim gunung yang hampir keseluruhannya telah diisi oleh rakyat tempatan.

Mengapakah Tulun Sabah begitu dengki kepada keupayaan Sutera Harbour Resort yang membawa pelancong untuk mendaki gunung dan sekaligus membuka peluang kepada rakyat Sabah untuk mendapatkan pekerjaan? Sedangkan Tulun Sabah boleh sahaja memohon lesen mengurus para pendaki jika dia mempunyai kemampuan kewangan! Gunung Kinabalu telah ada sejak azali lagi sebelum Sutera Harbour wujud. Mengapakah Tulun Sabah tidak memohon sebelum itu? Mengapa selepas pihak lain berjaya membawa pendaki dan mampu menyumbang kewangan kepada Taman-taman Sabah, maka timbul pula kecemburuan daripada Tulun Sabah?

Tulun Sabah membangkitkan berkaitan isu ini sebenarnya mahu menghalang rakyat Sabah mendapat peluang pekerjaan terutama malim-malim gunung dan mereka yang bergantung hidup di syarikat Sutera Harbour Resort. Sebenarnya, Tulun Sabah mempunyai niat yang jahat dan busuk kerana tidak mahu melihat kejayaan orang lain.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook