Latest News

Thursday 7 January 2016

HAK ORANG ASAL?

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Hak orang asal dipinggirkan... Oleh FB Dusun Ausie (screenshot)

BERASASKAN undang-undang, setiap rakyat yang mengaku mempunyai hak ke atas sebidang tanah atau keluasan tertentu adalah melalui geran tanah yang dikeluarkan oleh Jabatan Tanah Dan Ukur Sabah. Tanpa geran tanah, maka walaupun seseorang itu rakyat Sabah sebenarnya tiada locus standi terhadap tuntutan tanah kerana tanah Sabah adalah milik kerajaan. Bagi kes tanaman Akasia memang berlaku pada tahun 80-an semasa pentadbiran kerajaan Berjaya pimpinan Tan Sri Harris Salleh telah menubuhkan Sabah Forest Development Authority (SAFODA) untuk menanam semula hutan serta menggunakan bibit import Akasia (Acacia mangium). 

Pada masa itu, penduduk yang mendiami tanah-tanah kerajaan digalakkan menanam Akasia dengan upah ganjaran tertentu dan mereka itu mengetahui benar bahawa tanaman untuk keluasan tertentu merupakan hak milik SAFODA. Memang berlaku pada tahun 70-an lagi, penduduk yang tinggal di kampung-kampung mengamalkan pertanian pindah-randah khususnya untuk menanam padi bukit atau tanaman jagung. Namun, setelah SAFODA ditubuhkan maka cara pertanian itu dilarang untuk mengelakkan pembakaran hutan.

Perlu diketahui bahawa kebanyakan penduduk kampung menceroboh tanah-tanah kerajaan sekitar tahun 70-an dan diakui bahawa tanah-tanah itu merupakan 'tanah adat'. Namun, berasaskan penyelidikan dan rekod Jabatan Tanah Dan Ukur Sabah, sebenarnya mereka tiada locus standi ekoran mereka hanya pernah menggunakan tanah-tanah tersebut untuk tujuan pertanian pindah-randah. Pertanian pindah-randah (shifting cultivation) merupakan cara pertanian tradisi yang diamalkan penduduk kampung dan sifat pertanian itu adalah setiap musim akan berpindah. Malah, ia boleh melibatkan ratusan hektar dalam puluhan tahun. Cara pertanian pindah-randah adalah hanya membakar hutan selepas tanaman seperti padi bukit dituai, maka sudah tentu berpindah lagi dengan membakar hutan yang seterusnya.

Negara-negara Eropah melarang hasil kayu-kayan Sabah, Malaysia atau minyak kelapa sawit memasuki negara mereka atas alasan mendakwa ladang kelapa sawit adalah penyebab pemusnahan hutan. Apakah Doris Jones dan kawan-kawannya tidak menyedari keadaan ini? Apakah pemilik facebook itu juga tidak menyedari keadaan ini? Sehingga sanggup menyokong seseorang yang kerjanya hanya tahu membakar hutan dan melarang mereka yang memelihara hutan? Sifat pokok Akasia memang cepat tumbuh dan membesar. Bagi syarikat yang dibenarkan menebang pokok Akasia, mereka mempunyai kaedah sendiri bagi jumlah pokok yang boleh ditebang yakni senantiasa mengikut jadual berskala. Namun, jika pokok Akasia dibakar untuk tujuan tanaman padi bukit, maka memerlukan sekurang-kurangnya 10 tahun untuk tanaman itu pulih semula. Bayangkan nilai ekonomi daripada kayu Akasia yang hilang kerana akibat pembakaran?

Doris Jones serta pemilik facebook itu mengatas namakan 'Orang Asal? Tetapi 'Orang Asal' yang bagaimana? Adakah yang merosakkan hutan? Sedangkan, semua penduduk Sabah yang telah memohon tanah telah diberikan geran tanah! Maka, dengan itu jika seseorang itu tidak dapat menunjukkan geran tanah dan masih mengaku mempunyai hak ke atas tanah tertentu, bermakna orang itu telah menceroboh tanah kerajaan.

Mereka yang menceroboh tanah kerajaan ini merupakan pengkhianat kepada kerajaan dan rakyatnya kerana turut merosakkan hutan yang juga penyumbang kepada kerosakan alam sekitar. Jikalau mereka ini berada di Amerika Syarikat, Eropah atau di Jepun boleh dipenjarakan puluhan tahun. Sayang sungguh orang yang menjadi perosak alam sekitar ini dibela oleh pemilik facebook itu dan srikandi Doris Jones!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook