Latest News

Thursday 21 January 2016

HARGA GETAH JATUH

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Nanti kata pulak Pak Menteri... Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)
(ii) Penoreh-penoreh Getah Tidak Puashati Dengan Kerajaan Najib...  Oleh Blog Suara Kami Baru (screenshot) (screenshot)

UNTUK pengetahuan pembaca bahawa getah merupakan 'komoditi eksport' dan harga komoditi sangat bergantung pada harga pasaran komoditi dunia.  

Malaysia merupakan pengeluar getah ke-5 dunia selepas Indonesia, Thailand, India dan Vietnam. Ini bermakna semakin banyak getah di pasarkan di pasaran dunia, maka harga getah menjunam berikutan permintaan hanya datangnya daripada negara-negara tertentu seperti China, Eropah dan Amerika Syarikat serta Jepun. Jumlah permintaan lebih rendah berbanding penawaran. Oleh sebab itu, harga komoditi di pasaran dunia terus merundum apatah lagi ekoran kelembapan ekonomi negara China. Lihat sahaja harga minyak mentah turun daripada 118 dolar setong sebelum tahun 2014. Namun, kini berada di paras bawah 30 dolar setong. Ini disebabkan pengeluaran minyak mentah hampir tidak terkawal khususnya oleh negara Iraq dan Syria.

Suatu ketika dulu, tindakan kerajaan Thailand membeli harga tinggi berbanding harga pasaran dunia merupakan kaedah yang digunakan di Malaysia. Namun, impak kepada tindakan itu bukan menyelamatkan ekonomi negara sebaliknya lebih memberi impak buruk dan menambah parah. Tindakan Thailand itu sebenarnya memberi subsidi kepada pengguna luar negara walaupun pada masa yang sama menjamin pendapatan pekebun getah.

Kerajaan telah mengambil tindakan berbagai cara untuk membantu pekebun getah. Antaranya memberikan bantuan sara hidup dan harga insentif langsung kepada penoreh dan bukan melalui pembelian. Hal ini kerana jika bertindak membeli pada harga tinggi, ini berertinya kerajaan sebenarnya memberi subsidi harga kepada pengguna luar negara. Keadaan inilah yang berlaku pada subsidi gula. Sementara kerajaan memberi subsidi gula, sebenarnya pengguna luar negara juga menikmati kerana gula yang digunakan untuk produk makanan eksport sangat tinggi jumlahnya.

Dalam keadaan sekarang, adalah lebih baik jika kerajaan memberi bantuan secara langsung kepada penoreh getah kerana ianya dianggap berbaloi dan tepat pada sasarannya.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook