Latest News

Wednesday 20 January 2016

ISU ABIM: Aktiviti Sukarela

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Apa tindakan MUIS berhubung perkara ini... Oleh FB Page The Future Of Sabah And Sarawak/ The Federation Of Malaysia (screenshot)
(ii) Pihak ABIM menjelaskan keadaan post yang diviralkan di FB... Oleh FB Micheal Frederick (screenshot)
(iii) SABAH ada sendiri Jabatan Agama Islam ni...kenapa mesti dari Malaya... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

DALAM negara demokrasi seperti Malaysia, aktiviti sukarela tidak dihalang asalkan aktiviti itu tidak menimbulkan masalah sosial dan ianya tidak melanggar undang-undang negara.

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merupakan kumpulan sukarela yang bergiat dalam dakwah Islam. Dalam ajaran Islam memang dinyatakan bahawa tiada paksaan untuk beragama. Terserah kepada manusia secara individu untuk menerima hidayah Islam sebagai agama anutannya.

Memang dalam dakwah agama, para pendakwa mempunyai kumpulan sasar kerana mereka menyedari bahawa kumpulan sasar itu akan menerima hidayah agama Islam. Sasaran mereka ini adalah kumpulan-kumpulan dalam masyarakat yang belum mempunyai pegangan agama dan jikalaupun ada yang beragama tetapi hanya bersifat ikut-ikutan dan tidak memperlajari agama yang dikuti dengan sepenuhnya serta mendalam.

Adalah tugas semua penganut agama Islam sebagai khalifah di muka bumi Allah SWT dengan berpandukan ajaran agama yang sebenarnya yakni ajaran agama yang sebenarnya yang wajib disebarkan. Jika ada kumpulan masyarakat yang bukan Islam menerima hidayah islam sebagai anutan agama, maka ianya merupakan hak individu atau kumpulan itu. Ini kerana dalam agama Islam telah dijelaskan dengan sejelas-jelasnya bahawa tiada paksaan dalam beragama. Ertinya, jika ada individu atau kumpulan yang menerima hidayah Islam, bermakna ianya dilakukan secara sukarela. Anutan agama adalah di antara individu itu dengan Tuhannya yakni Allah SWT. Pendakwah hanya mampu memberikan ilmu sementara keimanan hanya terletak kepada individu masing-masing atau kumpulan itu.

ABIM yang berdakwah untuk agama Islam bukanlah satu agensi kerajaan. Badan itu merupakan badan sukarela dan ianya tidak semestinya dihubungkaitkan dengan pembentukan negara. Sebagai misalnya berkaitan 20 Perkara atau seumpamanya. Bagi pemilik facebook itu, sila jangan mencampur aduk urusan kerajaan dengan bukan urusan kerajaan. Sepatutnya, pemilik page itu faham bahawa negara Malaysia mengamalkan kebebasan beragama dan anutan agama terletak kepada para individu dan bukannya terletak kepada pengaruh orang lain. Sekali ditegaskan bahawa anutan agama adalah hubungan di antara individu dengan Tuhan dan bukannya di antara sesama manusia. 

Kepada pemilik page itu, apa yang dibimbangkan jika ada penganut agama lain menerima Islam sebagai anutan agamanya. Individu itu yakin bahawa agama Islam merupakan perantara yang paling jitu dengan Allah SWT dan bukan kerana pengaruh ABIM. Bagi mereka yang menganut sesuatu agama, yang paling mustahak adalah gerak hati dan keyakinan serta bukannya melalui tindakan-tindakan seperti mana dakwaan page tersebut kononnya wang ringgit digunakan untuk mengislamkan individu yang bukan Islam.

  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook