Latest News

Friday 22 January 2016

ISU HARGA Lantai Petrol dan Diesel

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) HENTIKAN SEBARANG NIAT KERAJAAN MELAKSANAKAN HARGA LANTAI PETROL UNTUK MENCUKAI RAKYAT... Oleh FB Page GPRS (screenshot)
(ii) HENTIKAN SEBARANG NIAT KERAJAAN MELAKSANAKAN HARGA LANTAI PETROL UNTUK MENCUKAI RAKYAT... Oleh Blog (screenshot) (screenshot)

ASAS kepada penentuan harga lantai bagi sesuatu barangan atau komoditi adalah kos minima bagi pengeluaran barangan atau komoditi itu agar mereka yang mengelola atau pengeluar iaitu mereka yang terlibat dengan barangan atau komoditi itu masih mendapat pulangan di atas kos operasi mereka.

Bagi isu harga lantai petrol dan diesel di negara ini yang dikaitkan dengan penurunan harga minyak di pasaran dunia masih dalam penelitian kerajaan. Ini kerana penentuan harga minyak itu sejak tahun 2010 lagi adalah menggunakan 'automatic pricing method' (APM) yang menggunakan harga pasaran dunia sebagai komponen utama. 

Apa yang perlu dilihat oleh kerajaan sekarang adalah kebajikan para pemilik stesen minyak kerana semakin rendahnya harga di stesen, maka peratus keuntungan semakin mengecil sehingga tidak dapat menampung kos operasi harian mereka. Jika kerajaan tidak bertindak, kemungkinan besar stesen-stesen minyak akan tutup dan jika itu berlaku sudah pasti akan menyusahkan rakyat. 

Dakwaan Rafizi Ramli yang kononnya melalui penentuan harga lantai petrol dan diesel adalah berbentuk cukai yang dikenakan kerajaan adalah sebenarnya tidak tepat. Oleh kerana penentuan harga sedemikian sebenarnya bercorak situasi menang-menang iaitu pengusaha stesen minyak tidak akan tutup kedai dan di pihak kerajaan pula tidak perlu membayar subsidi atau bayaran tertentu kepada pemilik stesen minyak kerana terpaksa meneruskan operasi walaupun berdepan dengan kerugian. 

Sebenarnya, kerajaan perlu bertindak dua (2) hala semasa harga petrol dan diesel melonjak naik kerana kerajaan bertindak memberikan subsidi kepada pengguna. Apabila harga menjunam turun, maka kerajaan tidak dapat memberikan subsidi kerana kerajaan juga berdepan dengan pengurangan pendapatan akibat harga yang menjunam. 

Harga petrol dan diesel di Malaysia sebenarnya hanya berimpak apabila harga meningkat. Namun, apabila harga menurun adalah sebaliknya iaitu tidak berimpak. Lihat sahaja bagaimana hujahan Rafizi Ramli selama ini bahawa jika harga barangan turun, maka harga minyak perlu turun. Apabila harga minyak turun, tidak ada barangan yang akan turun harga! Malah, trend menunjukkan kenaikan itu menyebabkan timbul alasan yang lain diberikan pula. Benar, bukan?

Sebenarnya, ancaman Rafizi Ramli jika harga lantai petrol dan diesel dikenakan harga lantai, maka mereka akan berdemonstrasi dan bertujuan agar penguasa stesen minyak muflis. Kerajaan juga turut muflis dan jika keadaan sedemikian berlaku, maka rakyat menjadi resah sehingga rusuhan berlaku dan seterusnya boleh saja negara akan menjadi huru-hara!

Sebenarnya, Rafizi Ramli hanya mengatas namakan yang kononnya membela rakyat akan tetapi tidak mahu menerima jika negara tiada kewangan untuk mengurus negara seperti pemuliharaan infrastruktur kemudahan rakyat serta kekurangan wang untuk mengurus pertahanan negara. Maka, sudah tentu negara bakal menjadi kucar-kacir dan akan berlakulah seperti di negara-negara yang sedang berperang.  Pada masa itu, pemimpin seperti Rafizi Ramli akan hilang di mata rakyat dan akan menjadi pelarian di negara luar kerana mereka tiada obligasi kepada rakyat dan alasannya mereka bukannya sebahagian daripada pemerintahan negara.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook