Latest News

Wednesday 20 January 2016

ISU HIDANGAN TELUR PENYU: Macam Senario Doris Merompak Bank

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) adakah ini kebanggaan pengundi bn-umno dikawasan Keranaan-Ranau... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

"PADA satu hari yang telah dirancang oleh Doris Jones untuk merompak bank. Oleh kerana kecekapannya, dia terlepas daripada diberkas. Berbulan-bulan lamanya, Doris hidup senang-lenang dengan hasil rompakannya. Pada satu hari, dia mengadakan majlis pesta makan di rumahnya. Oleh kerana pihak polis telah menjalankan siasatan termasuk menganalisis rakaman kamera litar, akhirnya perompak yang dicari-cari adalah tidak lain tidak bukan adalah Doris jones telah dikesan.

Pendek cerita, polis menyerbu rumah Doris yang sedang mengadakan pesta makan itu. Para tetamu Doris dalam keadaan ‘wrong time and wrong situation” . Para juru gambar mengambil beberapa gambar dalam situasi di rumah Doris dan kemudian dilaporkan melalui akhbar pada hari berikutnya. Dalam situasi demikian, apakah para tetamu Doris merupakan sebahagian daripada perompak? Kemudiannya, makanan dan minuman yang disediakan daripada hasil rompakan maka para tetamu juga dipersalahkan?"

Maka, senario inilah yang berlaku kepada Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah Malaysia (KKLW) di mana dalam satu acara makan beliau merupakan tetamu yang telah terhidang makanan yang dilarang untuk dimakan. Malangnya, beliau dipersalahkan kerana di dalam majlis itu dihidangkan makanan yang sepatutnya tidak dihidangkan.
 
Telur penyu memang telur penyu! Jika di Semenanjung, tidak ada larangan memakan jenis telur tersebut.  Namun, di Sabah telah diwartakan bahawa memakan telur penyu telah dilarang dan sesiapa yang didapati bersalah memakan telur hidupan yang dilindungi boleh didenda atau dipenjarakan.

Hidangan telur penyu pada acara makan malam itu adalah anjuran beberapa pemimpin UMNO daripada kawasan Sandakan. Namun, tidak pasti siapakah yang mengatur menu untuk malam tersebut

Dalam dunia ini tidak pernah disebutkan bahawa sesuatu jemputan makan maka disertakan menu sekali. Pada majlis makan malam pun atau majlis perkahwinan, tidak menyebut menu makanan yang akan dihidang kecuali apabila telah duduk di meja yang dikhaskan maka akan diketahuilah jenis hidangan yang bakal dinikmati. Inilah yang berlaku pada acara makan malam di mana Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob merupakan sebagai tetamu yang diundang. 

Mungkin sesuatu yang telah dirancang untuk memperangkapkan Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob dan penganjur makan malam itu dengan mengambil gambar yang memaparkan sekeping pinggan berisi telur penyu yang menjadi fokus gambar yang diviralkan di laman sosial. Besar kemungkinan, ada pihak yang menyediakan telur penyu tersebut berikutan penganjurnya adalah merupakan pemimpin Sabah yang sebenarnya tahu bahawa makan telur penyu adalah dilarang. Apatah lagi makan malam itu turut dihadiri Datuk James Ratib and Tan Sri Ampong Puyon.

Dalam soal kejadian hidangan telur penyu itu, kenyataan Datuk Seri Masidi Manjun memang tepat. Ini kerana tidak ada peraturan menyalahkan tetamu kerana kesilapan penganjur atau tuan rumah. Ini boleh disamakan dengan cerita dongeng dalam senario di mana Doris Jones adalah seorang perompak bank. Takkan pula tetamunya dipersalahkan kerana makan dan minum semasa kejadian menangkap Doris Jones yang sedang melayan tetamunya sewaktu pesta kesyukuran diadakan bagi meraihkan mendapat wang rompak yang banyak. Fikir-fikirkan!

Kepada srikandi Doris Jones, janganlah membuat dakwaan yang membabi buta dan tidak ada usul periksa!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook