Latest News

Thursday 28 January 2016

ISU KELAS SEMPIT TADIKA KEMAS KAMPUNG BERHALA DARAT

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Sampai bila mau selesai... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

LAPORAN surat khabar tempatan itu, sebenarnya berunsur politik dengan membuktikan kenyataan pemimpin DAP Sandakan.

Apa yang cuba dikelirukan oleh akhbar tempatan itu serta diviralkan oleh pelarian Doris Jones di mana laporan ditumpukan kepada yang kononnya kanak-kanak bersesak dalam sebuah kelas atau rumah yang dijadikan sebagai TADIKA yang mana tidak mempunyai kemudahan asas adalah merupakan tanggungjawab kerajaan.

Untuk seluruh rakyat Malaysia dan pembaca, anda perlu ketahui bahawa 'TIDAK' pernah tertulis dalam mana-mana undang-undang atau peraturan negara bahawa pendidikan kanak-kanak sebelum mencapai umur 6 atau 7 tahun merupakan tanggungjawab kerajaan. Kerajaan hanya menyediakan sekolah pendidikan yang bermula dari darjah 1 hingga tingkatan 6 sahaja.

Anda jangan terkeliru dengan perkhidmatan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) yang turut sama menyediakan kelas TADIKA (Taman Didikan Kanak-Kanak) dan TABIKA (Taman Bimbingan Kanak-Kanak) oleh kerana tindakan itu merupakan pengkhususan perkhidmatan sosial jabatan itu. 

TADIKA atau TABIKA adalah usaha persendirian kerana menghantar kanak-kanak ke pusat-pusat itu, sebenarnya tidak termasuk dalam silibus pendidikan atau kaedah pendidikan dalam negara ini. Apa yang anda perlu sedari hanya di Malaysia dan Singapura sahaja adanya kelas-kelas tadika atau tabika. Tujuan utama kepada taman-taman ini sebenarnya bukan tujuan pendidikan atau pembelajaran pada awalnya. Akan tetapi lebih kepada penjagaan kanak-kanak ekoran mana-mana ibu bapa tidak mampu mengambil pengasuh secara persendirian.

Idea TADIKA dan TABIKA sebenarnya dicetuskan oleh ibu bapa yang bekerja sepenuh masa yang sukar meluangkan masa memberikan pendidikan awal kepada anak-anak mereka. TADIKA dan TABIKA bukannya jagaan percuma akan tetapi berbayar. Malah, yuran bulanan adalah berkali lipat ganda berbanding dengan kos pendidikan kanak-kanak yang bermula pada tahun 1 (berumur 6 hingga 7 tahun).

Jika terdapatnya TADIKA atau TABIKA yang tidak mempunyai kemudahan asas, kemudiannya ibu bapa menghantar anak-anak mereka di pusat itu, sebenarnya itu adalah pilihan ibu bapa masing-masing dan ianya bukanlah salah atau kesilapan kerajaan kerana seperti semua maklum bahawa pusat-pusat seperti itu bukanlah kelolaan kerajaan.

Sebenarnya, jika ibu bapa yang peka terhadap pendidikan kanak-kanak adalah cukup memadai anak-anak mereka mula belajar secara teratur bermula pada umur 6 hingga 7 tahun. Akan tetapi, perkara ini telah menjadi trend di negara ini seawal umur 2 tahun anak-anak mereka telah dihantar ke pusat-pusat pendidikan awal kanak-kanak seperti tadika atau tabika. Sedangkan, cara itu sebenarnya tidak sesuai bagi proses pendidikan kanak-kanak. Namun, oleh kerana pusat-pusat jagaan ini merupakan usaha persendirian yang bersifat perniagaan, maka selagi pusat-pusat itu mempunyai lesen atau kebenaran mengendalikan pusat-pusat seperti itu, maka kerajaan tiada halangan. Tetapi, sekiranya jika ada pihak-pihak yang menyalahgunakan kebenaran atau lesen pengendali dengan mengadakan tadika atau tabika tanpa kemudahan asas seperti tandas, ianya bukanlah masih tanggungjawab kerajaan. Dalam perkara ini, tindakan kerajaan adalah hanya mengambil tindakan dengan menutup pusat tersebut dan menarik balik kebenaran atau lesen yang telah diberikan.

Oleh yang demikian, Doris Jones janganlah jadi terlalu bodoh sangat sehingga menyebarkan perkara yang bukan tanggungjawab kerajaan! Sila cover sikit kebodohan anda!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook