Latest News

Saturday 9 January 2016

ISU Kompleks Sukan Tenom

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Sabah semakin lama, makin maju ditahun 2016 Oleh FB Page Tulun Sabah (screenshot)

KOMPLEKS Sukan Tenom ialah salah satu kompleks sukan di Sabah yang bakal mendapat dana daripada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (Persekutuan). Maksud dana itu ialah selain projek pembaikan juga meliputi projek menaik taraf.

YB Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Belia dan Sukan telah memberi jaminan kepada kerajaan Sabah melalui kementeriannya bahawa satu dana akan diluncurkan untuk tujuan itu.

Keadaan Kompleks Sukan Tenom bukan sahaja tidak disenggarakan kerana kekurangan dana bagi tujuan itu. Malah, kompleks itu jarang-jarang digunakan bagi tujuan kejohanan kecuali oleh sekolah-sekolah di sekitar Tenom semasa sukan tahunan.

Janganlah memetik sumber yang bukan pakar berkaitan dengan kos anggaran kerana hanya Jabatan Kerja Raya Sabah (JKR) sahaja yang mempunyai merit dalam membuat kos anggaran tersebut. 

Memang hasrat kerajaan memulihara kompleks-kompleks sukan yang ada. Namun, ianya tertakluk kepada kesediaan dana selain keperluan kompleks itu dari segi kekerapan penggunaannya. Memang sesebuah kompleks yang cantik enak dipandang dengan mata. Namun, jika ianya tidak digunakan semakin lama ianya akan mengalami kerosakan jua.

Pihak pembangkang janganlah khuatir dengan para pemimpin kerajaan yang tahu benar apa yang perlu dilakukan. Oleh sebab itu, bagi kes Kompleks Sukan Tenom, menteri persekutuan melawat kompleks itu untuk mengenal pasti apa yang perlu dilakukan terhadap kompleks tersebut.

Isu Kompleks Sukan Tenom menjadi isu apabila menteri persekutuan melakukan lawatan. Sedangkan, sebelum ini tidak pun diambil tahu oleh pembangkang mahupun di peringkat negeri. Melalui kementerian Belia dan Sukan Negeri pula, ianya sudah menjadi perhatian sejak lama. Oleh sebab itu, menteri persekutuan terpaksa melakukan lawatan untuk melihat sendiri keadaan kompleks itu.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook