Latest News

Saturday 23 January 2016

ISU MyKad Palsu Di Pahang

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Warga Filipina berketurunan Suluk berasal... Oleh FB Doris Jones (screenshot)
(ii) PENGKHIANATAN KEPADA LELUHUR RAKYAT SABAH ... Oleh FB Tulun Sabah (screenshot)
(iii) terima kasih daun keladi dan setinggi tinggi  ... Oleh FB Pembongkaran Penipuan BN UMNO (screenshot)

NAMANYA juga kad pengenalan (MyKad) palsu, ianya pasti tiada dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tiada kedudukan undang-undang termasuk dikategorikan sebagai rakyat.

Kedudukan mereka yang memegang kad pengenalan palsu itu sebenarnya lebih rendah berbanding dengan perompak atau penjenayah yang sedang dicari oleh pihak pasukan keselamatan kerana penjenayah atau perompak itu mungkin saja merupakan orang tempatan sendiri. Dengan sebab itu, walaupun status penjenayah tetapi masih ada hak menggunakan peguam untuk mempertahankan diri di mahkamah. Namun, mereka yang memegang kad pengenalan palsu langsung tidak mempunyai hak sedemikian. Ini bererti mereka akan terus disabit kesalahan penjara, disebat dan dihantar pulang ke negara asal.

Apalah sangat dibimbangkan oleh Doris Jones bagi warga asing yang membeli kad pengenalan palsu, kerana mereka itu tidak mempunyai kedudukan undang-undang dalam negara dan sekiranya berlaku sebarang kemalangan atau kematian maka kematian mereka hanya seperti “mati katak”. Mungkin kebimbangan sesetengah pihak termasuk Doris Jones, jika mereka itu menjadi penjenayah maka rakyat negara ini yang akan menjadi mangsa pula. 

Sebenarnya, apa yang perlu dibimbangkan berhubung dengan pemegang kad pengenalan palsu apabila mereka menjadi penjenayah. Namun, pada masa yang sama ramai juga segolongan ahli niaga orang tempatan mengambil kesempatan terhadap kedudukan mereka dan mengaut keuntungan kehadiran mereka khususnya peniaga atau pemaju perumahan mahupun sektor ladang dan kayu balak berikutan hanya dibayar gaji yang murah.

Sebenarnya mereka ini dilindungi oleh pemaju perumahan, peladang dan seumpamanya. Malahan, yang pasti status mereka itu telah diketahui oleh majikan mereka kerana mereka tahu bahawa pada masa kini adalah terlalu mudah mengetahui apakah kad pengenalan seseorang itu palsu atau bukan. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mempunyai sistem yang canggih yang boleh mengesan dengan serta-merta status sesebuah kad pengenalan. Apabila majikan pekerja ini tidak ingin lagi menggunakan perkhidmatan mereka dan enggan membayar gaji mereka, maka pihak majikan akan membuat laporan kepada pihak berkuasa dan tertangkaplah mereka-mereka itu (warga asing dengan MyKad palsu)

'Lalu, masuklah ke dalam video dan diviralkan pula dengan berbagai dakwaan seperti mana yang dilakukan oleh Doris Jones'.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook