Latest News

Thursday 21 January 2016

ISU Pertukaran Status Agama Pada Kad Pengenalan

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) MENYUSAHKAN... Oleh FB Edward Stephen Edward Stephen (screenshot)

BIASANYA, jika semua dokumen telah lengkap maka Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tiada halangan menukar status agama seseorang dalam kad pengenalannya. Kecualilah ada bantahan daripada pihak-pihak tertentu yang lazimnya datang daripada keluarga terdekat seperti isteri atau anak mahupun sanak-saudara.
  
Bagi kes yang diceritakan oleh pemilik facebook tersebut yang kononnya sedang mengikuti pedalaman agama Katolik di bawah seliaannya dan mendakwa bahawa pihak JPN enggan menukar status agama individu tersebut. Apa yang malangnya, pemilik akaun facebook itu hanya bercakap di atas angin kerana tidak mengemukakan sebarang bukti bahawa individu berkenaan benar-benar ada membuat permohonan dan benar-benar mempunyai pengesahan daripada Majlis Agama Islam Sabah (MUIS). Jika benar penama berkenaan mempunyai dokumen pengsahan daripada MUIS, tiada sebab mengapa JPN tidak menukar status agama individu tersebut.

Secara lazimnya dalam kebanyakan kes seumpama ini, si individu sendiri tidak mengemukakan permohonan ke JPN tetapi sebaliknya surat yang diminta daripada MUIS hanya kegunaan untuk rekod sendiri bagi maksud tertentu. Individu terbabit bertindak 'double standard' oleh kerana ada kepentingan tertentu. Adakah pemilik facebook itu ada menyelidik apa yang sebenarnya telah berlaku? Ini kerana kalaulah benar seperti yang dinyatakan oleh pemilik facebook itu sekali lagi dikatakan bahawa JPN tiada sebab untuk menolaknya. Benar, bukan?

Kepada pemilik akaun facebook itu, jangan cepat melatah dan membuat dakwaan dan provokasi jika sekiranya belum membuat siasatan apa yang sebenarnya berlaku. Sebagai contoh, benarkah individu itu ada membuat permohonan? Atau dokumen daripada MUIS itu benar-benar dikeluarkan oleh MUIS? 

Pemilik akaun facebook itu sentiasa ada keluangan waktu untuk membawa individu tersebut ke JPN dan menerangkan apa yang sedang berlaku dan AFS yakin bahawa JPN tiada halangan untuk bertindak!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook