Latest News

Monday 18 January 2016

ISU PULAU MONTUKOD & MALIANGIN: Dia Menipu Lagi!

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Habis Khazanah Sabah dijual oleh negara MALAYA... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

HAK tanah Sabah adalah kuasa Sabah. Maka atas sebab itu, kawasan Felda Sahabat di Lahad Datu dan kawasan Umas-umas, Tawau meskipun kawasan itu dimajukan oleh Felda dengan peneroka adalah daripada Sabah dan apabila berkaitan dengan pemberian geran ianya dibidang kuasa kerajaan negeri. Dalam akta tanah Sabah, tiada kuasa lain yang boleh memberikan tanah atau menjual tanah selain kuasa Jabatan Tanah Dan Ukur Sabah.

Felda meneroka tanah di Felda Sahabat dan Umas-Umas sejak tahun 1985. Namun, kelulusan pemberian geran kepada para peneroka hanya dapat dilakukan 30 tahun kemudian di mana pada minggu lalu Ketua Menteri Sabah telah merasmikan penyerahan geran kepada para peneroka.

Tiada cara mana-mana pihak menjual tanah Sabah termasuk Pulau-pulau kecil milik individu kerana pemilikan diberikan melalui geran Native Title (NT) di mana geran jenis itu tidak boleh ditukar milik kecuali kepada bumiputera Sabah sahaja. Jika ada pembeli maka ianya di kalangan rakyat Sabah yang berstatus bumiputera sahaja.

Nampak sangat bagaimana Doris Jones menipu! Sudahlah menipu malah mendakwa pihak lain pula yang ada punya kuasa ke atas tanah Sabah. Agak-agaklah srikandi oi!

Mereka yang nampak terpengaruh dengan dakwah Doris Jones di laman sosial adalah terdiri daripada pencacai upahan pelarian tersebut. Ini kerana tanpa pencacai maka akan kelihatan tiadalah sokongannya. Jika itu tidak berlaku, maka akan menghalanglah untuk mendapat bayaran daripada penajanya. Tidak ada 'free lunch' di dunia ini kecuali ada orang yang berhati mulia! Maka atas sebab itu, Doris Jones senantiasa berbohong dan pembohongannya itu diviralkan oleh pengikutnya kerana semata-mata untuk mendapatkan bayaran daripada penaja.

Bagi rakyat Sabah yang tahu bagaimana pentadbiran tanah Sabah itu tidak akan terpengaruh dengan dakwah Doris Jones. Tujuan pelarian itu terus menerus berbohong dan pembohongan itu diwar-warkan agar kenampakan bahawa dia mempunyai penyokong. Tetapi apa yang pasti, kumpulan itu hanya berlegar-legar pada 2 hingga 3 orang sahaja kerana setiap seorang pencacai mempunyai 30 hingga 100 akaun palsu facebook. Oleh sebab itu, apabila diperhatikan gaya penulisan antara semua pencacai Doris Jones adalah hampir sama serta tujuan yang serupa. FITNAH!
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook