Latest News

Friday 15 January 2016

ISU SAKIT: Datuk Bung Moktar Radin

TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Doa apa yang sesuai untuk orang-orang umno macam si bung mokthar... Oleh FB Page Remove Musa Remove Umno Sabah (screenshot)

DATUK Bung Moktar hanya menjawab kepada penyokongnya tentang isu kononnya beliau sedang tenat di China kerana masalah buah pinggang yang ditanggung beliau. Oleh kerana masih menunggu operasi pemindahan buah pinggang, beliau meminta para penyokong dan sahabat handai memohon berdoa agar operasi beliau dipermudahkan dan beliau kembali sihat seperti sediakala untuk meneruskan khidmat beliau di kawasan Kinabatangan.

Setiap manusia diajar untuk simpati terhadap manusia lain tanpa melihat latar belakang agama. Melihat kepada tindakan sesetengah orang yang mengajak orang lain walaupun tidak secara langsung menyindir agar Bung Moktar Radin tidak berjaya dalam operasi pemindahan buah pinggang menggambarkan bahawa mereka-mereka itu tidak berhati manusia melainkan membawa sifat-sifat lebih teruk daripada binatang kerana binatang juga mempunyai sifat prihatin.

Bagaimanakah page Remove Musa Remove Umno Sabah mempunyai penyokong di alam siber yang kononnya memperjuangkan untuk hak keadilan Sabah dan Sarawak sedangkan individu itu bertindak seperti tiada sifat kemanusian kerana sanggup mendoakan manusia lain supaya cepat mati?

Para pengikut page tersebut juga perlu menyedarkan diri bahawa manifesto perjuangan pembangkang itu hanya mempergunakan anda untuk meneruskan propaganda mereka bagi mendapatkan tajaan untuk meneruskan kehidupan seharian.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook