Latest News

Tuesday 12 January 2016

Jalan Perhubungan Kg. Saradan, Tenghilan Tuaran

 TULISAN DI BAWAH ADALAH/FAKTA/IDEA/PENERANGAN/PENCERAHAN/PENDAPAT/MAKLUM BALAS PENULIS TERHADAP ISU:

(i) Bagus ada jalan begini SELEPAS 52 TAHUN DI TINDAS DAN... Oleh FB Doris Jones (screenshot)

PEMBANGUNAN sifatnya berterusan dan tanpa henti. Demikian juga pembinaan jalan raya perhubungan yang bermula dengan bentuk jalan berkerikir (gravel) dan kemudiannya dinaik taraf.  Selang beberapa lama kemudian, maka berlakulah kecacatan jalan yang berlubang di sana-sini berikutan keadaan tanah yang tidak stabil serta faktor cuaca

Apabila kerajaan memperolehi dana, maka peruntukan disalurkan untuk memperbaiki jalan-jalan rosak seperti mana yang berlaku di sebuah kampung daerah Tuaran iaitu Kampung Saradan, Tenghilan. Kewujudan jalan itu bukan hanya semalam akan tetapi sudah berdekad lamanya. Kini, keadaan jalan itu sudah mulus dan kini hanya penyelenggaran adalah perkara mustahak. Secara lazimnya, jalan perhubungan seumpama ini tiada 'kos penyelenggaran berkala' kerana sangat bergantung kepada 'peruntukan khas'. Hal ini telah kerap kali diulang AFS bagi setiap artikel yang berkaitan dengan infrastruktur terutama jalan raya secara amnya.

Memang kekuatan sesuatu jalan sangat bergantung kepada lapisan tar. Namun, bukanlah semua yang demikian. Jika berlaku pergerakan bawah tanah, maka sesebuah jalan cepat rosak dan berlakulah mendapan di merata tempat yang menyebabkan jalan tersebut akan berlubang-lubang. Contoh jalan yang kerap berlaku pergerakan tanah adalah 'jalan Tuaran dari Inanam'. Sifat jalan itu yang lembab akibat terdapatnya air bawah tanah. Jalan itu sejak tahun 70-an lagi adalah sukar diatasi kerana setebal manapun tar, namun apabila berlaku tanah jerlus maka berlakulah mendapan yang menyebabkan tar pecah dan jalan akan berlubang.

Sifat permukaan tanah Sabah yang tidak stabil merupakan salah satu faktor utama mengapa jalan raya cepat rosak. Permukaan tanah yang tidak stabil menunjukkan bahawa tanah Sabah masih muda. Doris Jones yang mempersoalkan ketebalan tar sebenarnya tidak relevan! Ini kerana ketebalan tar tidak menjamin jalan raya itu tidak akan berlubang atau rosak dan juga jangka hayat jalan adalah terletak pada kestabilan permukaan tanah. Oleh sebab itu, ramai yang tidak faham mengapa jalan-jalan 'gravel' dibiarkan dalam tempoh yang agak lama sebelum ianya dinaik taraf. Tujuannya agar permukaan tanah menjadi stabil bagi mengelakkan apabila ditar maka jalan tidak cepat rosak.

Bagi mereka yang bimbang sangat melihat ada jalan-jalan perhubungan masih belum dinaik taraf, maka jangan susah hati! Cukup waktu dan beserta dengan ketersediaan peruntukan, maka jalan-jalan itu akan dinaik taraf seperti mana jalan kampung yang ditunjukkan oleh YB Datuk Wilfred Madius Tangau.
  • Facebook Comments
Scroll to Top

Like FB Anti Fitnah Sabah

Informasi terkini Sabah di Facebook